fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

10/28/11

Belajarlah untuk berlapang dada :D

Kasim : Aku benci kau,pondan !!
Rosli : Aku benci kau jugak,monyet !!
Kasim : Aku benci kau 100 kali !!
Rosli : Aku benci kau 1000 kali kuasa dua !!
Kasim : Aku benci kau INFINITY !!!
Rosli : ......(cis!)

Pernah tak situasi macam ni berlaku dalam kehidupan korang??
tipulah kan kalau tak pernah :D

Mesti ada suara-suara sumbang cakap,

"alahh biasala bergaduh time kecik-kecik"

Yup,memang biasa,tapi bukan budak-budak kecik je yang biasa bergaduh,tapi orang orang dewasa bahkan orang tua sekalipun tak terlepas daripada pergaduhan.


Manusia bergaduh,berbalah,bertengkar memang lazim sangat berlaku kat atas muka bumi ni.Dari sekecil-kecil pergaduhan merebut kepak ayam KFC sehinggalah sebesar-besar pergaduhan seperti yang pernah tercalit dalam lipatan sejarah dunia,World War 2 atau nama pendeknya WWII.

Pergaduhan.Apa kah hasil dan natijahnya??




Yup,pihak yang kalah akan mengalami kerugian dan satu pihak yang lain lagi akan beroleh keuntungan dan bergembira dengan kemenangan.

Kenapa bergaduh?Apakah yang dicari dalam pergaduhan??

Berdasarkan pemerhatian dan ijtihad aku,sebab atau faktor utama kenapa orang bergaduh dan terus bergaduh boleh disimplifiedkan sebagai :

"AKU NAK MENANG!!"

Ya,perasaan "aku nak menang!!","aku yang paling kuat warghhh!!","aku lah orang yang paling betul!","aku undefeatable!!",etc,etc,etc, dan sebagainya.Itulah yang bermain di minda setiap orang yang sedang asyik bergaduh,menjadi perangsang untuknya terus-terusan bergaduh.

Aku berani jaminlah kalau kita tanya pemimpin-pemimpin perang zaman WWII dengan soalan cepu emas :



"Encik Adobe Hitler,sila jawab dengan sejujur jujurnya,apasal kau berperang dengan mereka??"

Apa agaknya jawapan mereka??
mesti mereka mereka akan jawab macam yang aku cakap kat atas tadi.
setuju??

Oleh itu,

Belajarlah untuk berlapang dada.

Berlapang dada??apakah??melapangkan dada ke??



alahhhh nak kena buat pembedahan plastik lah pulakkk..

bukannnnnnnnn
berlapang dada itu ialah ........
haihhhh aku tak pandai untuk menerangkan dengan kata-kata.apa kata korang baca kisah real yang pernah aku alami.


Kisah aku :


Aku pernah bergaduh dengan seorang member aku,member rapat jugak lah,nak kata gaduh bukanlah gaduh sangat,cuma tak berkesefahaman.Aku dengan fahaman aku,dia dengan fahaman dia.Tak perlulah nak detail sangat fahaman tentang apa.

Satu hari aku bangkitkan satu isu.Isu ni lah yang menzahirkan ketidaksefahaman kami.Aku berdebat dengan dia (padahal duduk sebelah meja je.) ,dia rilek je,bengang pulak aku.Ya,memang dia lebih berpengalaman dalam perkara yang kami debatkan.Debat,debat,debat akhirnya aku terdiam.Kalah.
Tapi dalam diam,hati aku menjerit "Aku mesti menang,aku betul,dia salah!!"



Haa tengoklah tu,wujudnya perasaan macam tu.Punca pergaduhan. :D

Sejak hari tu,aku tak tegur dia.Hati tak tenang beb,biasalah orang dah kalah.orang lain pun aku tegur ala kadar je.Moody je aku.Merajuk??bukan!!

Aku jumpa ustaz ustazah,ceritakan apa yang berlaku.Beralun-alunan nasihat aku terima tapi hati aku tetap macam tu.

Selepas beberapa hari (aku tak ingat),muka asyik berkerut.Tiba tiba aku terfikir.Lama dah rasanya aku macam ni,sampai bila aku nak jadi macam ni??Sampai bila aku tak nak cakap dengan orang??Teknik plot,monolog dalaman aku praktikkan.

Akhirnya aku berusaha untuk memujuk diri ;

"Takpelah Syaidi,mungkin kau tu memang silap,dia tu yang betol.Kau rilek je.Belajar dari kesilapan."

Ini lah berlapang dada.

Esoknya aku mula bercakap dengan dia,senyum,ketawa sampailah hari ni.Alhamdulillah tenang rasanya hati ini.

Sepertimana kata kata Imam Syeikh Hassan Al Banna :

"Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada,setinggi-tinggi ukhwah ialah melebihkan orang lain berbanding diri sendiri"


Nampak??manisnya ukhwah.Orang yang tak pandai nak berlapang dada dengan kawan-kawannya tak akan dapat pun serendah-rendah ukhwah sebab serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada.Berlapang dada dapat meredakan kemarahan,menghilangkan dendam dan secara automatiknya,menyelesaikan masalah.

Yup,aku akui,memang susah untuk berlapang dada.Ego kita yang tinggi perlu ditekan sehingga penyek.Tapi itulah akhlak yang dituntut dalam islam supaya manusia di atas muka bumi ini terus berkasih-sayang antara satu sama lain.

Sahabat sekalian,

Selagi mana kita berada dia atas muka bumi ini,perbalahan memang tak dapat dielakkan.Bahkan dalam kalangan para alim ulama sekalipun akan muncul kekhilafan dan ketidaksefahaman.

Ayuh sahabat,latihlah diri kita untuk berlapang dada,bermujahadahlah kita dalam mendidik diri.Cuba buang perasaan "aku nak menang!","aku yang betul!","orang lain salah!" yang bersarang dalam diri kita.Sebab perasaan inilah yang menyebabkan umat Islam hari ini berpecah.Sedangkan Islam itu SATU.



Cubalah untuk minimakan kekhilafan.Jangan dipandang perbezaan yang seribu tetapi carilah titik persamaan antara kita semua.Kemudian fokus dan usahakan padanya.Percayalah titik persamaan itulah yang akan membina semula kekuatan ummah.

p/s : untuk pemahaman yang lebih,boleh klik sini dan sini. :D
       Sorilah aku tak pandai sangat menerangkan sesuatu.

2 comments:

  1. Kenapa msti adobe dan bknnye adolf?humor anda diterima.yeah

    ReplyDelete
  2. hehe terima kasih atas sokongan paduuuuu peluru berpandu anda :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...