fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

7/18/12

Awas Syiah !! Jauhkan dirimu !!


Tahun lepas, masih di tingkatan lima, ada sekali saya borak-borak dengan kawan-kawan dalam kereta salah seorang daripada kami, tiba-tiba kami tersentuh isu Syiah, belum sempat kami nak melangkah lebih jauh, tiba-tiba si kawan yang menjadi driver ini mencelah, "Tak payah nak cerita buruk fasal Syiah, diorang pun Islam jugak."

.........

Terdiam sebentar.Tak berani nak bantah atau cakap apa-apa, kerana kekurangan ilmu di dada selain untuk menjaga keharmonian suasana sedang keluar asrama tanpa kebenaran pada waktu siang dengan berkereta. Kemudian kami terus beralih kepada topik lain yang lebih harmoni untuk dibincangkan.

15 Jun 2012,Jumaat.Kota Bharu,Kelate.


Sedang berjaulah bersama kawan-kawan ke Negeri serambi Mekah,Kelantan Darul Naim.Petang itu, selepas menunaikan solat Jumaat, ketika mana sedang duduk dalam bas,tiba-tiba bas berhenti berdekatan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Ustaz kata ada ekspo dekat situ, jadi alang-alang pergi lah, bukan selalu dapat jalan-jalan dekat Kelantan.

Ekspo apa??bisik hati. Kami pun pergi,sampai lah ke pintu gerbang yang tertulis "Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012", atau nama penuh dia, "Ekspo Perdagangan Dunia Islam & Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham"(panjangnya nama).


Oke,macam menarik.

Mula kaki melangkah masuk, gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan menghiasi kiri dan kanan, kebanyakannya menjual jersi-jersi pasukan yang sedang berentap dalam Piala Euro yang sedang hangat berlangsung pada masa itu, selain gerai-gerai yang menjual makanan dan pelbagai barangan lain.Tetapi itu semua tidak berjaya menarik minat saya memandangkan keadaan dompet yang agak kritikal kenipisannya. :)

Sampailah ke suatu kawasan yang berpagar,bila kami masuk kami didatangi oleh dua orang akak yang menghulurkan brochure di samping menghulurkan senyuman, mereka bagitahu kami, bahawa kami telah memasuki "Zon Dinar & Dirham". Tahniah! mereka cakap dalam zon ini, segala jual beli adalah menggunakan dinar atau dirham. Menarik! tapi kami tak ada sebarang dinar atau dirham,macam mana? Tak apa jangan risau, wang dinar dan dirham boleh dibeli di booth yang disediakan di dalam. Oke akak.


Kami terus menuju ke booth yang dimaksudkan, terus belek-belek wang dinar yang disimpan dalam bekas plastik. Kemudian bertanya, "Satu Dinar berapa harga, kak?" "Satu dinar,RM798." "Gila!(dalam hati)." "Belilah satu dirham,RM25 je,setengah Dirham pun ada." "Err,takpa lah,lain kali aja." 


Oleh kerana harga yang sangat melambung, dapat tengok saja lah jawabnya.

Kami terus berjalan dalam khemah pameran tersebut, sambil memperhatikan secara sekali lalu bahan-bahan yang dipamerkan, ada yang agak menarik kami teliti lah lama-lama sikit. Tiba-tiba mata saya tertangkap kepada satu nama pada salah satu bahan pameran, lama saya perhatikan, memang tak silap, ianya adalah nama Saidina Ali, salah seorang daripada Khulafa` Ar-Rasyidin, juga seorang Sahabat dan sepupu Nabi Muhammad s.a.w, Rasul junjungan.


Ini sudah pelik, oke tak apa, teruskan berjalan dan melihat, semakin jalan semakin pelik, ada tergantung gambar Imam Khomeini, yang merupakan tokoh fahaman Syiah yang terkenal, dan pelbagai lagi buku-buku,gambar-gambar dan barangan lain yang jelas berfahamankan Syiah.


Lebih sayu lagi apabila sedang berjalan di ekspo tersebut, kami terserempak dengan dua orang lelaki yang sedang berbincang sesuatu, yang seorang ini saya agak mungkin pekerja atau ahli dalam ekspo tersebut dan seorang lagi saya yakin adalah salah seorang pengunjung. Kami cuba merapatkan diri kepada mereka untuk mendengar apa yang sedang dibincangkan, nampak macam ada sesuatu yang panas. Bila dah dekat kami pun pasang telinga, yang seorang ini bersemangat menerangkan kepada pengunjung tersebut, bahawa fahaman Syiah ini bukanlah seperti apa yang di uar-uar kan oleh media, bahkan sebaliknya.

"Selama ini kita dengar berita dari al-jazeera, BBC, abang percaya ke ?? BBC tu siapa punya ?? Amerika kan ??" 

Antara ayat lelaki tersebut yang masih saya dapat ingat. Yang lelaki seorang lagi ini hanya mengangguk, mengiakan. Selepas habis perbincangan mereka, lelaki yang pengunjung mengucapkan terima kasih kepada si lelaki yang menerangkan tadi, dia kata sebelum ini dia tak tahu, seoalah-olah dia bersetuju.Astaghfirullahal adzim.


Satu persoalan terbit dalam hati saya, macam mana unsur-unsur Syiah boleh terlibat secara public dan terang-terangan di Negeri Serambi Mekah ini ?? siapakah penganjur eskpo yang gilang-gemilang ini ?? Tidak lama selepas itu, persoalan yang timbul tadi terjawab apabila saya terpandang Poster besar yang tergantung di ekspo tersebut, sangat mengejutkan, Penganjur atau Organiser kepada ekspo tersebut adalah.... Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.


Beberapa hari kemudian, dekat hostel ada seorang kawan tiba-tiba tanya saya, "Anta dah baca dah kenyataan Nik Aziz fasal ekspo hari tu ?? saya cakap belum, dan dia terus tunjukkan kenyataan tersebut menggunakan telefon bimbit Nokia Eseriesnya. Ini lah dia, 


Apa dia ?? Tak pandai baca tulisan jawi ?? tak apa, biar saya translate kan, khas untuk anda.


Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini. Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak urusetia memastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkara ini tidak berulang. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera di dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak urusetia khususnya serta pihak kerajaan untuk tindakan.

Pada saya, urusan akidah ialah perkara yang tiada tolak ansur.


Salam hormat,


(DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Bertarikh : 28 Rajab 1433 H bersamaan 18 Jun 2012

Alhamdulillah !!
Tahniah Tuan Guru Nik Aziz !! Respect Tuan Guru !!
juga Tahniah Kerajaan Kelantan !!

Maaf saya tak dapat sertakan gambar yang saya ambil sendiri sebagai bukti, maklumlah saya tak mempunyai sebarang kamera DSLR atau telefon bimbit android berkamera serta ber'instagram'. Namun kalau nak tengok lagi gambar dan laporan boleh lah rujuk sini. Untuk pengetahuan, orang yang meng'upload gambar-gambar tersebut serta menulis laporan di bawahnya adalah rakan seperjuangan saya sendiri yang juga turut serta dalam program jaulah ke Kelantan ini.

Halusnya jarum-jarum Syiah !!


Bagaimana Unsur-unsur Syiah ini boleh menyusup masuk ?? bertopengkan ekspo yang kononnya mempromosikan barangan-barangan perdagangan dan teknologi-teknologi daripada Iran, Satu-satunya "negara Islam" yang maju dan patut menjadi contoh?? dalam masa yang sama mereka mempromosikan fahaman-fahaman Syiah mereka kepada orang awam?? 
bagaimana boleh terjadi ?? mungkin ada orang dalam ?? mungkin ?? oke, cukup sampai di sini, saya tak tahu.

Tetapi ketahuilah, fahaman Syiah adalah sangat bahaya kepada orang Islam khususnya. Berikut adalah brochure yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sendiri, yang saya ingin kongsikan, supaya menjadi peringatan dan menambah kefahaman kepada kita semua tentang bahayanya Syiah kepada ummat Islam. 








Jadi adakah sudah terang lagi bersuluh?
Nikah mut'ah ?? Mengkafirkan sahabat ?? Memfitnah Isteri Nabi ?? Mencipta Hadis palsu ??
Dengan yakinnya saya nyatakan, SYIAH BUKAN ISLAM. Muktamad.

Berhati-hati lah, jarum-jarum Syiah sangat halus, novel, buku-buku ilmiah dan sebagainya juga telah digunakan oleh puak-puak ini sebagai permainan mereka.

Al-Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al-Marwadzi, katanya : "Saya mendengar Abu Abdullah berkata, Bahawa Imam Malik berkata : "Orang yang mencela Sahabat-Sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam"
Wallahu a'lam.

p/s : Maaf lama tidak update blog ini, tiba-tiba update cerita lama, sebab sibuk sikit study sekarang, dah lah jauh T.T tak ada laptop sendiri nak bawak pergi sana. Siapa-siapa baik hati boleh lah belanja laptop satu. Hehe. :D






3 comments:

  1. Wahh! Abang tak tahu pula Rusyaidi ada blog. Kupasan artikel menarik. Kena pada tajuknya. Teruskan usaha yea. Mana tau boleh ikut jejak langkah Hilal Asyraf. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, blog picisan je. sekadar medium melontarkan idea. ikut jejak lgkah hilal asyraf ?? it's a long way to go. :)

      Delete
    2. I know, but every long journey start with a first step. And this is your first step.

      May Allah bless you.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...