fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

12/10/12

Ini Jalan Mujahadah

"Aku kalah."

"Aku gagal."

"Tewas..."

"Loser me..."

Itulah perkataan dan ucapan yang sering menitip di bibir-bibir para manusia khususnya para da'ie yang merasakan beliau telah gugur futur terjatuh dari jalan menuju syurga. Ujian demi cubaan yang ditimpakan kepada mereka dirasakan semakin menghimpit dan mendesak mereka terus keluar dari atas jalan yang mulia, lantas menuju ke jalan sebaliknya...



"Kenapa kalah...? Kenapa tewas...?? Kenapa diturunkan ujian sehebat begini sedangkan Dia tahu aku akan tewas..?"

Okay, kalau kita berfikiran sebegini sebenarnya kita SALAH.

Ujian dan mehnah tidak Allah turunkan supaya kita kalah, bukannya supaya kita gagal, bukannya supaya kita terjatuh futur. Tetapi sebaliknya, adalah supaya kita menang, supaya kita berjaya dengan bergaya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang termampu olehnya." Al-Baqarah,286.

So come on guys. We can win this! Have no fear!

Yakin dengan diri, usaha tanpa henti, kejayaan pasti dikecapi. Optimis!

9/23/12

With Sheikh Al-Aqsa, Sheikh Raed Solah

















* tett...tett...* (message alert tone)

"assalam, nak jaga booth Aman Palestin tak?"

"wassalam, hmm bila tu? siapa lagi?"

"esok ar, nak 3 orang, baru ana sorang, kalau anta ajak akram, cukup ar 3"

"bersedia berkhidmat untuk palestin :)"

"haha, ajak akram ea"

"inshaAllah"

Keesokan harinya,12 September 2012.


Awal pagi lagi, seawal pukul 8.00 pagi kami dah gerak ke perkarangan dewan Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, dengan kereta. Kelihatan Faris, dia yang mengajak semalam untuk menjaga booth, sedang sibuk menyiapkan dan menyusun meja untuk meletakkan barangan jualan dan bahan pameran. Terdapat juga beberapa bahan pameran berupa bunting yang masih tersimpan di dalam begnya, belum dikeluarkan.

"Assalamualaikum, maaf lambat sikit, pukul berapa enta sampai tadi?" sapaku kepada Faris sambil aku mencapai vest Aman Palestin yang disediakan untuk para sukarelawan yang menjaga booth pada hari tersebut.

8/26/12

Ramainya saudara "dia"...

Ramadhan 1433


Dengan suka cita nya, diumumkan bahawasanya Muhammad Rusyaidi bin Mohd Pauzi, telah dilantik sebagai seorang pekerja di Madrasah al-Mujahideen, Ipoh, Perak sebagai seorang "tukang kemas selepas Iftar" di bawah penyeliaan seorang pakcik yang juga pemilik kepada sebuah katering yang menyediakan makanan iftar untuk madrasah berkenaan. Kontrak ditandatangani adalah untuk bekerja sepanjang bulan Ramadhan, bersama 3 orang lagi sahabat yang lain, rakan sekerja lah kiranya.

ini tipu saja, bukan macam ini.hehe.

Hari pertama : 

Baiklah, sudah excited mahu bekerja, beramal di bulan yang mulia ini, maklumlah pahalanya berlipat kali dan berganda-ganda. Kami bertolak ke madrasah berkenaan menaiki kereta kancil milik salah seorang daripada kami, sebelum azan maghrib kami sampai dan ambil tempat duduk untuk sama-sama berbuka puasa, sementara menunggu muazzin melaungkan azan, eloklah kami mengisi masa lapang dengan berdoa dan meminta kepada Allah, sedangkan doa orang yang berpuasa itu sangatlah mustajab.

Allahu akbar,Allahu akbar~!

7/18/12

Awas Syiah !! Jauhkan dirimu !!


Tahun lepas, masih di tingkatan lima, ada sekali saya borak-borak dengan kawan-kawan dalam kereta salah seorang daripada kami, tiba-tiba kami tersentuh isu Syiah, belum sempat kami nak melangkah lebih jauh, tiba-tiba si kawan yang menjadi driver ini mencelah, "Tak payah nak cerita buruk fasal Syiah, diorang pun Islam jugak."

.........

Terdiam sebentar.Tak berani nak bantah atau cakap apa-apa, kerana kekurangan ilmu di dada selain untuk menjaga keharmonian suasana sedang keluar asrama tanpa kebenaran pada waktu siang dengan berkereta. Kemudian kami terus beralih kepada topik lain yang lebih harmoni untuk dibincangkan.

15 Jun 2012,Jumaat.Kota Bharu,Kelate.


Sedang berjaulah bersama kawan-kawan ke Negeri serambi Mekah,Kelantan Darul Naim.Petang itu, selepas menunaikan solat Jumaat, ketika mana sedang duduk dalam bas,tiba-tiba bas berhenti berdekatan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Ustaz kata ada ekspo dekat situ, jadi alang-alang pergi lah, bukan selalu dapat jalan-jalan dekat Kelantan.

5/26/12

PROMOSI HEBAT!! : Formula Kejayaan Dunia Akhirat !!


Anda sering gagal ??
Sering merasa kecewa ??
Selalu tak dapat apa yang anda mahukan ??
Tension dan tertekan??
Rasa macam nak hentak-hentak kepala di dinding ??

Oke...
Relaks...
Istighfar...ambil wudhuk...
Jangan gusar,jangan gelisah,jangan marah-marah...nanti cepat tua tau...hehe.
Sabar...
Senyum sikit... :)


Sekarang,saya ingin berkongsi bersama anda,sebuah formula,yang telah dirumus bukan oleh calang-calang Professor atau Pensyarah-Pensyarah Universiti,bukan oleh calang-calang Ilmuwan atau Cendekiawan,bukan juga oleh Ulama'-Ulama' terkemuka.
Bahkan formula ini telah dirumus oleh Al-Hakim,Yang Maha Bijaksana,Al-`Alim,Yang Maha Mengetahui,Dialah Allah,Rabb seteru alam.

4/20/12

Yvonne Ridley...you know who??

Siapa?


Pernah dengar tak nama Yvonne Ridley??
Siapa dia ni?? Anda kenal dia??
Kenal? Baguslah kalau anda kenal. Tahniah!

Tapi kalau ada yang masih tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik nama ini, tidak mengapa, sebab saya pun sebenarnya baru sahaja kenal siapa sebenarnya dia ni, kita sama.
Sekarang biar saya memperkenalkan Yvonne Ridley, seorang wanita yang hebat ini kepada anda semua.

Nama : Yvonne Ridley
Nama Islam : Bassam al-Muslimani

Tarikh Lahir : 23 April 1958
Tempat Lahir : Stanley,Country Durham,England

Kewarganegaraan : Britain
Etnik : Inggeris

Pekerjaan : Jurnalis dan Aktivis

Agama : Islam

(Sumber dari Wikipedia)


4/1/12

Kita...Jauh sudah tersasar

28 Januari 2012,Sitiawan,Perak.

Masa itu aku masih di Kem PLKN,pada malam itu wira dan wirawati akan dibawa ke Bandar Sitiawan untuk menyertai Majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina 2012 peringkat kebangsaan,dekat stadium mana entah.Perdana Menteri akan hadir sekali katannya.


Perjalanan dari Seri Manjung ke lokasi sepatutnya mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja,tetapi kerana kesesakan lalu lintas,perjalanan menjadi lebih panjang,bas yang dinaiki terpaksa bergerak dengan sangat perlahan,maklumlah semua orang nak pergi rumah terbuka,dapat makan free.

1/3/12

Aku dan basikal oren

Aku ingat lagi,masa itu aku 4 tahun,ayah belikan basikal untuk aku dan abang aku,seorang satu.Aku punya basikal warna oren,kecil je,saiz untuk budak-budak,dekat belakang dia ada 3 roda.Gembira bukan kepalanglah aku dan abang aku,dapat basikal baru.


Dapat je terus kami main,pertama kali tu naik basikal,nak kayuh pun tak pandai.Baru kami tau rupanya susah naik basikal ni,walau pun roda belakang dia ada 3.Terpaksalah ibu kesayangan ajar kami cara main basikal.Aku ingat lagi ayat ibu aku untuk ajar aku,

"Angah,kaki kanan tu tekan kuat-kuat,kaki yang sebelah lagi tarik ke belakang."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...