fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

5/26/12

PROMOSI HEBAT!! : Formula Kejayaan Dunia Akhirat !!


Anda sering gagal ??
Sering merasa kecewa ??
Selalu tak dapat apa yang anda mahukan ??
Tension dan tertekan??
Rasa macam nak hentak-hentak kepala di dinding ??

Oke...
Relaks...
Istighfar...ambil wudhuk...
Jangan gusar,jangan gelisah,jangan marah-marah...nanti cepat tua tau...hehe.
Sabar...
Senyum sikit... :)


Sekarang,saya ingin berkongsi bersama anda,sebuah formula,yang telah dirumus bukan oleh calang-calang Professor atau Pensyarah-Pensyarah Universiti,bukan oleh calang-calang Ilmuwan atau Cendekiawan,bukan juga oleh Ulama'-Ulama' terkemuka.
Bahkan formula ini telah dirumus oleh Al-Hakim,Yang Maha Bijaksana,Al-`Alim,Yang Maha Mengetahui,Dialah Allah,Rabb seteru alam.

Formula apa tu ??


Haaa,mesti semua dah tertanya-tanya kan??
Sebelum tu,jom kita baca sikit ayat al-Quran,sikit je,jom!
Oke sekarang semua ambik al-Quran terjemahan masing-masing,bawak depan laptop.

Cepat,cepat.sekarang!

Kalau dah ambik tu,buka muka surat 342.

Tak ada al-Quran terjemahan? Malas nak bangun pergi ambik?? Tak apa,kita baca dekat sini je,saya dah copy paste hanya untuk anda,hehe.

Oke,jom baca!


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ 


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ(1) الَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ (2) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ

مُعْرِضُونَ (3) وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَوٰةِ فٰعِلُونَ (4) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حٰفِظُونَ (5) إِلَّا 

عَلَىٰٓ أَزْوٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَآءَ ذٰلِكَ 

فَأُو۟لٰٓئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7) وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمٰنٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رٰعُونَ (8) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ 

صَلَوٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ (9)أُو۟لٰٓئِكَ هُمُ الْوٰرِثُونَ (10) الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا

(11) خٰلِدُونَ


Sadaqallahul `Adzim...

Sedapnya bacaan anda semua!(tak sedap pun tak apa), semoga Allah menerima usaha anda semua tadi sebagai satu ibadah,inshaAllah. :)

Oke sekarang kita tengok terjemahannya pula,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
  1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
  2. (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya,
  3. dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,
  4. dan orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang yang memelihara kemaluannya,
  6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
  7. Tetapi barang siapa mencari di balik itu (zina,dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,
  8. dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya,
  9. serta orang yang memelihara solatnya.
  10. Mereka itulah orang yang akan mewarisi,
  11. (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Dah??

Oke,Sekarang kita tengok mafhum sebuah hadis Rasulullah,

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Dari Omar Ibnul Khattab r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Telah diturunkan kepadaku sepuluh ayat,barangsiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga."
(yang dimaksudkan sepuluh ayat tersebut ialah sepuluh ayat pertama Surah al-Mu'minun)

Ini lah Formula yang dimaksudkan.Surah al-Mu`minun,ayat 1-10.

Sungguh,akan berjaya orang-orang yang beriman!


Allah telah berfirman,bahawa sungguh,pasti dan pasti,orang yang beriman,akan memperolehi keuntungan yang banyak,kejayaan yang hebat,dan kemenangan yang sebenar.

Opss,sekejap!

Allah kata Al-mu`minun,orang yang beriman.Hmm,jadi sekarang kita muhasabah diri kita semula,check diri kita balik,apakah kita tergolong dalam golongan orang yang beriman??

Macam mana nak check?

Kita tengok balik Rukun Iman,ada 6 perkara,benda yang kita dah tahu sejak kecil lagi,kan?
Adakah kita memenuhi keenam-enam kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang mu'min??Jom semak semula!


Tahniah!!Anda adalah seorang Mu'min !! Alhamdulillah !

Jadi sekarang anda sudah layak untuk mengaplikasikan formula ini dalam kehidupan anda,jadi sekarang mari kita tengok balik,kita listkan apa lagi point-point penting yang perlu diambil kira dari surah al-Mu`minun ni.

  • Khusyuk dalam solat.

Mereka yang menunaikan solat,dengan hadirnya sifat takut dan gementar kepada Allah.Hati akan menjadi tenang sehingga menjalar keseluruh tubuh,wajah dan gerak-geri mereka.Jiwa mereka disebulungi dengan Kehebatan dan Kebesaran Allah,sehingga segala ingatan yang lain hilang dari fikiran mereka.Itu lah orang yang khusyuk.
  • Menjauhkan diri dari perbuatan atau percakapan yang tidak berguna dan tidak bermanfaat (lagha).
Ibn Katsir mengatakan,yang dimaksudkan dengan lagha adalah perkara yang batil dan palsu,termasuklah perkara-perkara maksiat dan tidak mendatangkan faedah.Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh,rasa macam tak mampu nak listkan semuanya.Antaranya yang paling popular sekali adalah hiburan-hiburan yang melampau sehingga boleh melalaikan diri daripada zikrullah dan menunaikan kewajiban-kewajiban kita yang lain,contoh paling senang,Kpop.sorry sorry sorry sorry. :)


  • Menunaikan kewajipan zakat.
Zakat Fitrah merupakan salah satu daripada Rukun Islam,Wajib!Selain itu ada lagi zakat-zakat lain yang perlu ditunaikan,contohnya zakat emas,zakat ternakan dan zakat perniagaan.Tujuannya adalah untuk membersih dan menyuci harta kita selain memupuk sikap bersedekah dalam kalangan muslimin.


  • Menjaga kemaluan.
Nabi Muhammad s.a.w Pernah ditanya tentang hal yang paling banyak memasukkan manusia kedalam neraka, Baginda menjawab, "Mulut dan kemaluan."
(Riwayat Tirmidzi)


Sudah terang lagi bersuluh,punca ramai manusia dicampakkan ke dalam neraka salah satunya adalah kemaluan.Kenapa?Apabila kemaluan digunakan secara zalim atau bukan pada tempatnya,maka terjadilah maksiat seperti zina dan sebagainya.Di mana,menurut Imam Ahmad,zina adalah sebuah dosa yang paling besar setelah dosa membunuh.Oleh itu,untuk menjadi seorang mu`min sejati,Islam telah menggariskan 'menjaga kemaluan' sebagai salah satu antara formula-formula untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
  • Memelihara amanah serta menepati janji.

Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda,bahawa ada 3 tanda orang munafiq,di mana kalau ada salah satu daripadanya,maka dia lah munafiq.Seperti yang kita tahu orang-orang munafiq ini lebih berbahaya daripada orang kafir, kerana mereka umpama musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.
Hadis dari Abu Hurairah,sabda Rasul junjungan, :

"Tanda-tanda orang munafiq ada 3 perkara ; apabila dia berkata-kata dia berbohong, apabila dia berjanji dia ingkar, apabila dia diberi amanah dia khianat."
(Riwayat Muslim)
  • Memelihara solat dan melaksanakannya tepat pada waktunya.
Oke,kenapa cakap tentang solat lagi?bukan yang mula-mula tadi dah cakap tentang solat? 
Yup,memang,tapi yang tadi tentang khusyuk dalam solat,kali ni memelihara solat dari perspektif lain,iaitu dari segi waktu pelaksanaannya.Tak perlu ulas panjang,tengok mafhum sebuah hadis,

Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud r.a berkata, "aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w , "Amal apakah yang paling disukai Allah? "
Baginda menjawab,
"Bersembahyang tepat pada waktunya".....


Have you got the Formula ?? Good !!


Percayalah,sekiranya kita,seorang mu'min,istiqamah dalam melaksanakan Kesemua formula ini,kita pasti akan mendapat kejayaan dan keuntungan yang paaaalinggggg terbesar sekali.

apa dia?

itulah dia Syurga Firdaus,syurga yang paling tinggi sekali nilai dan tarafnya,yang menjadi pusat pengaliran sungai-sungai di syurga,yang penghuni-penghuninya akan kekal di dalamnya,menikmati segala jenis nikmat.Nikmat yang tidak akan kehabisan,Subhanallah!

Anda tak nak ??
Tidak mungkin tidak ! Mesti Mau !!

Oleh itu,
"Jadikan Dunia ini sebagai tempat untuk mencari alasan, mencari alasan untuk melayakkan diri kita mewarisi syurgaNya."

Wallahua'lam,
Semoga bermanfaat.

p/s : Entri kali ini ditulis berdasarkan beberapa bahan rujukan,iaitu "Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir" yang ada dekat rumah dan "Tafsir Mubin" yang dicuri-curi baca di surau taman aku, nak tulis tentang al-Quran mana boleh pakai otak sendiri yang lemah ni,takut nanti akan termakan diri,susah nanti. :)
Seperti biasa kalau ada silap dan salah,cepat-cepat tegur,saya tak marah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...