fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

12/10/12

Ini Jalan Mujahadah

"Aku kalah."

"Aku gagal."

"Tewas..."

"Loser me..."

Itulah perkataan dan ucapan yang sering menitip di bibir-bibir para manusia khususnya para da'ie yang merasakan beliau telah gugur futur terjatuh dari jalan menuju syurga. Ujian demi cubaan yang ditimpakan kepada mereka dirasakan semakin menghimpit dan mendesak mereka terus keluar dari atas jalan yang mulia, lantas menuju ke jalan sebaliknya...



"Kenapa kalah...? Kenapa tewas...?? Kenapa diturunkan ujian sehebat begini sedangkan Dia tahu aku akan tewas..?"

Okay, kalau kita berfikiran sebegini sebenarnya kita SALAH.

Ujian dan mehnah tidak Allah turunkan supaya kita kalah, bukannya supaya kita gagal, bukannya supaya kita terjatuh futur. Tetapi sebaliknya, adalah supaya kita menang, supaya kita berjaya dengan bergaya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang termampu olehnya." Al-Baqarah,286.

So come on guys. We can win this! Have no fear!

Yakin dengan diri, usaha tanpa henti, kejayaan pasti dikecapi. Optimis!

Jalan ini, jalan ke syurga...


Jalan yang kita lalui, sebagai seorang da'ie pastinya bukannya jalan yang dibentangi dengan karpet merah mahupun jalan tar yang diturap elok, bukannya jalan yang dihiasi dengan pohon-pohon bungaan merimbun yang serba indah, bukannya jalan yang di sekelilingnya terdapat burung-burungan yang berkicauan gembira, kolam,tasik,danau nan indah.

Tetapi jalan yang bakal kita lalui ialah jalan yang penuh onak durinya, dihujani durian-durian(eh?), penuh haiwan buasnya yang sedia membaham, senang cerita, penuh dengan segala benda yang digeruni dan dibenci. Itulah hakikat, itulah jalan menuju syurga.

Jalan menuju syurga itu penuh pahit dan sakit, kerana manisnya syurga, kerana mahalnya syurga. Mana mungkin sesuatu yang mahal, sesuatu yang manis, dengan semudahnya kita dapat, kan? Ia sangatlah tidak logik.

Jadi apa caranya..? bagaimana menentang dan menghadapi segala rintangan dan pancaroba yang menerpa semasa kita sedang berlari di atas jalan menuju syurgaNya? bagaimana menepis arus deras musuh-musuh yang senantisa mencemburui dan berusaha menjatuhkan kita? bagaimana  kalau sekiranya kalau sesekali kita sesat dalam mencari jalan menuju kebenaran..?

Caranya tidak lain tidak bukan adalah dengan bermujahadah.

Ini jalan mujahadah!  




"Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang yang berbuat baik"
(al-Ankabut,69)

Mujahadah...? apa itu...? nama akhawat ke...?comel ke?

Baik kita mulakan dengan definisinya, yang berhormat.

Menurut kitab Jami'ul ushul fil auliya',Syaikh Ahmad Dhiya'uddin Musthofa Al-Kamisykhonawy.

Mujahadah dari segi bahasa ialah perang, dari segi istilah adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat ialah memerangi nafsu Amarrah bissu'(Nafsu yang mengajak kepada kejahatan) dan memberi beban kepadanya  untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara'. Sebahagian Ulama' mengatakan : "Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu", dan ada lagi yang mengatakan "Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya."

Panjang lebar sudah definisi, sila hayatinya dengan hati yang terbuka.

"Seorang mujahid (iaitu seorang yang bermujahadah) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."(Hadis)

Seringkali kita dalam meniti umur kita di dunia ini, dalam mencapai impian yang jauh, pastinya mehnah dan ujian akan datang menjenguk sesekali. 

Dan ketahuilah ujian itu tidak hanya datang dalam bentuk yang buruk dan menggerunkan, bahkan lebih berbahaya sekiranya ia menjelma menjadi sesuatu yang indah dan comel. Contohnya seperti kekayaan harta, ke'genius'an, kecomelan dan ke'hensem'an wajah, rambut yang 'smart', dan lain-lain. Kita harus sedar, sedar dan sedar akan hal ini.

Dan apabila ujian itu datang, akan tercetus sebuah siri peperangan dalam diri kita, peperangan penentu antara baik atau buruk, dosa atau pahala, syurga atau neraka.... itulah dia peperangan antara iman dan nafsu.

Nafsu kita sentiasa inginkan sesuatu yang menyeronokkan, sesuatu yang mengasyikkan, sesuatu yang enjoy to do it, tanpa memikirkan halal haram. Untunglah bagi mereka yang memiliki iman yang kuat dan teguh, pastinya imannya itu akan memandu pemilik iman tersebut ke syurga. Tetapi bagaimana dengan mereka yang sebaliknya...?

Di sinilah peranan mujahadah. Mujahadah itu perjuangan, dan semestinya perjuangan itu perlukan pengorbanan.

Pengorbanan itu pasti!


Berjuang ertinya berkorban, berkorban ertinya terkorban, terkorban ertinya menderita, itulah asam garam perjuangan. 
(Jalan Mujahadah, by in-track-see)



Yup, mujahadah dan pengorbanan itu tidak dapat dipisahkan.

Mari kita meniti kembali sirah seorang lelaki hebat, manusia teragung, Rasulullah, Muhammad S.A.W. Kita selak kembali helaian-helaian sirah, bagaimana baginda bermujahadah menyebarkan agama Allah kepada masyarakat Arab Jahiliyyah, bagaimana baginda sanggup mengorbankan dirinya, di lontar dengan najis, direjam dengan batu, dihina, dicemuh, diugut bunuh, sehingga luka-luka tubuh suci baginda, beradarah. Ingat semula ketika peristiwa di Taif.

Tidak dilupakan para sahabat dan sahabiah baginda, yang juga bermujahadah mempertaruhkan nyawa, harta, dan segalanya hanya untuk Allah. Bagaimana Saidina Ali sanggup bergadai nyawa ketika beliau menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda semasa  awal peristiwa hijrah. Bagaimana Saidina Abu bakr sanggup mengorbankan segala harta benda beliau ke jalan Allah tanpa meninggalkan apa pun untuk anak isterinya selain Allah dan Rasulnya. Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Kenapa mereka sanggup berkorban..? kenapa..?

Jawapannya adalah kerana mereka tahu untuk siapa mereka bermujahadah. Kerana mereka tahu dengan siapa mereka berkorban, kerana mereka tahu, bahawa setiap inci pengorbanan yang mereka lakukan pasti akan dibayar kembali olehNya dengan harga yang sangat mahal!

Kita...?? Korban..??


Bunyinya sahaja sudah berderau darah kita mendengarnya. Sanggupkah kita berkorban? nyawa? harta?masa? 

Nafsu kita pastinya kata tidak. Nafsu kita sayangkan dunia ini, nafsu kita sayangkan wang ringgit, nafsu kita sayangkan isteri-isterinya, nafsu kita tidak sanggup tinggalkan dunia ini yang penuh serba-serbinya, nafsu kita nak tinggal lebih lama di dunia ini. Tidak. Tidak. Tidak.

MUJAHADAH!


Adakah dengan menuruti nafsu itu membawa kita ke Syurga?

Pastinya tidak, malah ianya akan mengheret kita lebih dekat ke api neraka yang meledak, dan jalan yang membawa kita ke Syurga tidak lain tidak bukan adalah Jalan Mujahadah, jalan yang melawan hawa nafsu, jalan yang penuh liku.

Oh, adakah jalan pintas untuk ke syurga? tanpa perlu aku melalui jalan mujahadah ini? Susahlah!

Malang sekali, jawapannya tidak ada. Tidak ada jalan pintas! Tidak ada jalan mudah!

Memang jalan mujahadah itu pahit. Memang ianya sempit, sakit, tak best, dan sebagainya.

Tetapi itu semua adalah kerana Syurga itu manis, luas, nikmat dan penuh nikmat.

Jadi kenapa perlu jalan pintas?

Marilah, ayuh kita merentasi jalan mujahadah ini, walaupun perjalanan yang bakal kita tempuhi sangat perit dan jauh, memang tidak dinafikan kadang kala kita sebagai manusia biasa yang imannya ada naik dan turun, kita pasti akan tewas terjatuh, tapi persoalannya adakah kita akan terus membiarkan diri kita begitu? adakah kita akan terus membiarkan diri kita tersungkur? Katakan tidak! ayuh bangkit dan teruskan bermujahadah! 



Percayalah segala susah payah kita ketika melalui jalan mujahadah tersebut pasti akan terbalas dengan balasan yang amat berbaloi-baloi oleh yang Maha Mengasihani. Percayalah. Trust Him. Dia tidak akan pernah menyia-nyiakan amalan hamba-hambaNya walaupun sekecil cili padi.

"Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik." (al-Kahfi,30)

Jadi mulai sekarang, sekiranya...

nafsu kata "Malaslah dakwah ni...."

nafsu kata "Penatlah belajar bio..."

nafsu kata "Bosannya pergi Masjid, solat jemaah."

nafsu kata "Culas,Bla,bla,bla....x20"

Apa kita harus cakap kepada encik nafsu....??

Katakan "TIDAK!"



Selamat bermujahadah!

Mujahadah itu pahit, kerana Syurga itu manis :)
Wassalam.
"Ini Jalan Mujahadah, pengorbanan itu pasti, agar Syurga dikecapi."


p/s : Lama tak menulis, lama tak update blog ni...maaf banyak-banyak, inshaAllah akan dipertingkatkan semula... T.T
Tips melawan hawa nafsu boleh dirujuk di sini


1 comment:

  1. Menantikan yang terbaru daripada ustaz Rusyaidi. *thumbs up

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...