fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

1/3/12

Aku dan basikal oren

Aku ingat lagi,masa itu aku 4 tahun,ayah belikan basikal untuk aku dan abang aku,seorang satu.Aku punya basikal warna oren,kecil je,saiz untuk budak-budak,dekat belakang dia ada 3 roda.Gembira bukan kepalanglah aku dan abang aku,dapat basikal baru.


Dapat je terus kami main,pertama kali tu naik basikal,nak kayuh pun tak pandai.Baru kami tau rupanya susah naik basikal ni,walau pun roda belakang dia ada 3.Terpaksalah ibu kesayangan ajar kami cara main basikal.Aku ingat lagi ayat ibu aku untuk ajar aku,

"Angah,kaki kanan tu tekan kuat-kuat,kaki yang sebelah lagi tarik ke belakang."

Aku pun cubalah buat seperti yang diajar oleh ibu.Susah.Tak boleh jugak basikal itu bergerak.Tapi kami tetap cuba jugak.Berhari-hari jugaklah kami berlatih,akhirnya berjaya jugak kami menguasai cara-cara untuk mengendalikan basikal beroda 3 ni.Yeah!!


Semenjak dah pandai naik basikal beroda 3 ni,kami berpindah daripada hanya bermain dalam kawasan sekitar rumah ke luar pagar rumah,kami dah berani bermain dekat luar kawasan rumah.Syok oh masa itu main basikal,kayuh laju-laju,tapi sebenarnya tak laju mana pun.Aku rasa kalau sekarang ini aku lari lagi laju.Haha.Kadang-kadang ada main lumba basikal dengan anak-anak jiran.Pakat ramai-ramai buat Grand Prix basikal beroda 3.Semua orang berbaris dalam satu barisan,dalam kiraan 3 semua orang kayuh basikal masing-masing laju-laju.Semua nak menang,tapi bukan ada hadiah pun.


Tapi pada suatu hari,tiba-tiba ibu kesayangan cakap kat aku,"Angah,sampai bila angah nak main basikal 3 roda tu,nanti kita cabut roda belakang tu eh?"Aku agak terkejut.Tapi apakan daya,petang itu jugak ayah yang bersenjatakan spanar terus mencabut roda kecil kat tayar belakang basikal oren kesayangan aku.

Lepas itu aku cuba lah naik,dah duduk atas basikal,bila aku angkat saja kaki dari tanah...Bamm!!basikal oren berserta aku terus jatuh rebah ke bumi.Sakit oh,bayangkan budak kecil yang tak mampu buat apa-apa terjatuh dari basikal ke atas tanah yang kering dan berbatu.Aku tengok lutut aku,berdarah.Aku menangis sikit.Ibu kesayangan hanya mampu ketawa sambil mengesat luka aku menggunakan tisu,kemudian disapunya sedikit ubat gamat sambil berkata,"Angah belajarlah naik basikal itu ya",aku hanya mengangguk,sambil tersedu-sedu  kerana menangis tadi.

ini bukan aku :)
Sejak daripada hari itu aku dah tak berani naik basikal,aku hanya bermain basikal dengan memegang stereng basikal dan berdiri di sebelah basikal oren tersebut,lepas itu aku lari laju-laju.Haha.Itu pun dah syok dah.Faham tak??Alah korang tak pernah buat ke??Ini aku bagi gambar sikit.


Bila ibu tengok aku main basikal dengan cara yang unik itu,ibu pun terus bertanya kehairanan"kenapa angah tak naik basikal tu??",dengan pantas aku menjawab,"Tak nak lah nanti angah jatuh lagi.",ibu hanya tersenyum dan berkata,"Belajarlah,nanti lama-lama angah pandailah.",aku yang degil tidak mengambil peduli dan terus bermain basikal dengan gaya yang unik itu.

Setelah seberapa lamanya aku bermain basikal dengan stail tersebut,akhirnya aku bosan.Basikal tersebut kemudiannya aku tempatkan dalam garaj tempat ayah parking kereta."Baik jalan kaki je daripada bawak basikal macam tu",getus hati aku.

Lebih kurang setahun (aku tak ingat berapa lama,tapi lama lah) aku tinggalkan basikal oren dekat garaj,akhirnya pada suatu hari ibu cakap dekat aku,"Lama dah angah tak main basikal,kenapa angah tak main?",aku menjawab persoalan tersebut dengan jawapan yang pernah aku berikan dulu,"Tak nak lah,nanti angah jatuh lagi."

Ibu : Alah angah belajarlah naik,nanti lama-lama angah pandai lah.
Aku : ...
Ibu : Meh lah ibu ajar,jom.

Aku tanpa berkata apa-apa,terus bangun pergi mendapatkan basikal oren yang dah lama ditinggalkan,berhabuk.Dengan hati yang berdebar-debar aku membawa basikal oren itu keluar dari garaj,menuju ke kawasan luar rumah yang agak lapang.Ibu hanya berdiri di tepi,"naiklah."arah ibu.Aku dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati,duduk atas seat basikal oren tersebut,tangan kuat memegang stereng,tetapi kaki masih memijak tanah.Aku cuba mengingat balik step-step mengemudi basikal yang telah sekian lama aku tinggalkan.

"Cepatlah."kata ibu.Ah,apa nak jadi,jadi lah!aku terus angkat kedua-dua belah kaki,meletakkannya di atas pedal basikal,dan terus kayuh..........kayuh..........kayuh.......... :)
eh!?aku tak jatuh lah!!
"Haa kan dah pandai tu."kata ibu,aku hanya tertawa penuh kegembiraan.
Yes!akhirnya aku dah boleh naik basikal!!



Ibrah (iktibar) daripada kisah ini

  • Kita haruslah sentiasa berusaha dan bermujahadah untuk mencapai sesuatu matlamat.Tidak dinafikan,untuk membina sebuah kekuatan,kepakaran atau kebolehan dalam sesuatu bidang adalah susah dan terlalu banyak jerih payahnya.Tetapi kita sebagai seorang muslim yang yakin dengan Allah dan diri sendiri haruslah sentiasa tabah dan berani untuk mencuba.Sekiranya kita terus cuba dan cuba,InshaAllah kita pasti akan berjaya.

  • Kita sebagai Ummat Islam yang hebat haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai ancaman,perubahan dan  kejutan. Seperti dalam kisah tadi,aku dah syok main basikal beroda 3,tiba-tiba nak kena tukar jadi macam basikal biasa. Janganlah kita terlalu leka dan berasa selesa dengan keadaan kita sekarang.Kita haruslah sentiasa bersiap siaga kerana seorang islam itu akan sentiasa diuji dari luar dan dari dalam.Jadilah seorang yang alert.

  • Janganlah kita mudah berputus asa dan mengeluh apabila kita ditimpa musibah.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Jangan jadi seperti aku yang baru jatuh berdarah sekali,tetapi lepas itu terus tak nak naik basikal dah.Sepatutnya kesilapan menjadikan kita  lebih kuat dan matang.Bersabar dan teruskanlah berdoa dan berusaha.Allah telah berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 6.
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
"Kejayaan hanyalah milik orang yang berusaha untuk mendapatkannya" :D
Wallahu'alam.

p/s : Kisah ini adalah pengalaman sebenar yang begitu bermakna dalam kehidupan aku.Namun ada lah sikit dialog yang direka-direka sebab tak ingat selain untuk menyedapkan cerita.By the way,sekarang aku dah pandai bawak motor (walaupun tak ada lesen).Haha.

2 comments:

  1. hehe syok je bace kisah die maen basikal dulu2..zaman kanak2 yang tak pernah erti putus asa..oh rindunya saya pada zaman tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakan daya masa sntiasa gerak ke hadapan kan,teruskanlh maju ke hadapan tapi kadang2 tolehlah ke blakang sbntar untuk ambil iktibar :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...