fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

12/28/11

Ujian,cabaran,dan dugaan

Dalam kita menempuh kehidupan ini,kita tak akan terlepas daripada pelbagai jenis ujian.Ujian yang dimaksudkan disini bukanlah ujian bulanan di sekolah,ujian personaliti atau pun pelbagai jenis ujian yang lain,tapi ujian yang dimaksudkan adalah ujian atau dugaan daripada Allah.


Kenapa kita diuji ??

Untuk menjawab persoalan ini,cuba kita tanya balik dekat guru-guru di sekolah.

"Cikgu,kenapa kena ada ujian bulanan??tension lah!"

Agak-agak apa yang akan dijawab oleh guru kita?haha.
Sebenarnya ujian bulanan di sekolah itu tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan di tahap mana kefahaman kita dalam satu-satu subjek pembelajaran di sekolah.Selain itu ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi kita dalam pendidikan di sekolah.

Sekarang mari kita merenung sepotong ayat dari surah Al-Baqarah ayat 214 :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
Cuba kaitkan ayat tersebut dengan tujuan kenapa ujian bulanan di sekolah diadakan.

Sekarang dah jelas,kan?kenapa Allah menurunkan ujian untuk hamba-hambanya,tujuannya adalah untuk memastikan sama ada kita layak atau tidak untuk mendapatkan syurga Allah,untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya.

Susahnya ujian ini!!

Semua orang pasti pernah mengeluh macam ini,kan?tak kisah lah ketika sedang menghadapi ujian di sekolah atau apa-apa ujian lain.
Sebenarnya aku pernah jumpa seseorang ni,dia telah mengajar aku sesuatu yang agak menarik tentang ujian dan masalah-masalah dalam kehidupan.
Dia kata,dalam kehidupan ini memang banyak masalah yang kita akan hadapi.Tapi kita kena hadapinya jugak,jangan lari.Kalau lari ia akan terus mengejar kita.
Tapi susahlah,macam mana nak hadapi ??
Memang susah,sebab itu lah kita kena belajar untuk "enjoy the problem".

Enjoy the problem??How's that??

Sebenarnya semua manusia dekat atas bumi ini,semuanya sukakan masalah.
Tak nak mengaku??tak apa,sekejap lagi mesti korang akan mengaku.
Aku yakin semua orang mesti suka main game,kan?
Kita ambil contoh mudah,game Angry Birds,siapa yang tak kenal,kan?Game ini telah menjadi Applications yang paling banyak di Download sepanjang tahun 2011.Ini fakta.


Bila kita main game ini,sebenarnya kita sedang mengheret masuk diri kita dalam satu masalah.Satu masalah yang akan membuatkan kita fikir "Macam mana aku nak bunuh binatang hijau ni?burung ada 3 je ni."

Kita pun dengan bersungguh-sungguh akan cuba sedaya-upaya untuk membunuh binatang hijau tersebut.Kalau tak berjaya,retry,retry,retry lagi sampai lah dapat 3 bintang.haha.

Bila dah berjaya pulak,kita akan berasa puas kerana berjaya menyelesaikan masalah tersebut,kemudian kita akan meneruskan permainan ke level yang lebih tinggi,secara tidak sedar kita sedang melibatkan diri kita dalam masalah yang lebih sukar.Tapi kita suka.Pelik,kan?

Sekarang korang mengaku tak yang sebenarnya kita ni sangat sukakan masalah. :)

Kita mampu buat !


Setiap ujian yang menimpa diri kita,ketahuilah dan yakinlah kita mampu untuk menghadapinya.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 286 :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." 
Apa yang kita perlu buat adalah meneruskan mujahadah dan perjuangan kita,berterusan beriktiar dan berdoa agar kita dipermudahkan dan diberi jalan penyelesaian oleh Allah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.Berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa.

Bersabarlah :)

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,setiap kesusahan yang mendatang pasti ada kesenangan yang menuruti.Apa yang kita perlu buat adalah bersabar dengan ketentuan Allah.Aku pernah menghadapi situasi macam ini.Sekadar ingin berkongsi pengalaman.Semoga dapat dijadikan iktibar untuk semua.

Kisah aku :

Satu malam dekat asrama,aku rendam baju dalam baldi,nak basuh,letak kat tepi kolah.Ingat nak basuh malam tu jugak tapi entah macam mana aku ngantuk sangat,tertidur.Basuh besok pagi lah!hati aku cakap.
Besok pagi bangun lah,lepas solat subuh ingat nak pergi basuh baju.Bila sampai je dekat kolah tengok baldi sekali dengan baju-baju kat dalam dia dah hilang!ke mana pulak perginya!?Takkan lah teruk sangat budak-budak asrama ni sampai baju yang tengah rendam pun nak dicuri.Aku pun terus resah gelisah,tercari-cari lah aku seluruh asrama.Tanya orang sana-sini tapi semua jawapan mereka menghampakan.Sedih oh baju sebaldi hilang!
Tiba-tiba datang seorang junior jumpa aku,dia cakap "baldi abang yang warna biru tu eh?" aku pun megiakan.yeah!"semalam ada abang suruh saya basuhkan baju dia,saya dah tersilap basuh baju orang lain,baju abang rupanya."dia pun memberikan semula baldi yang penuh dengan baju aku yang sudah siap dibasuh sambil meminta maaf dekat aku.Aku dengan senang hatinya cakap "takpe,takpe,lain kali buat lagi",senang hati aku tak payah basuh baju,orang lain dah basuhkan.haha.

Nampak tak,walaupun kasihan tengok junior tu kena basuh lagi sebaldi baju.Tapi point yang ingin diketengahkan di sini ialah setiap yang berlaku ke atas diri kita pasti ada hikmahnya.Hikmah yang tidak disangka-sangka.

Ucapkanlah ayat ini 


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat pertunjuk hidayahNya." 
( Al-Baqarah : 155~157)
Setiap kali kita ditimpa ujian,kita sebagai umat islam telah diajar melalui Al-Quran untuk mengucapkan "Inna Lillahi wainna ilaihi Raji'un" yang bermaksud "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Umat Islam hari ini terutamanya yang berada di Malaysia sering menganggap bahawa ayat ini hanya sesuai disebut ketika ada orang meninggal,tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana ayat ini sepatutnya disebut oleh kita setiap kali kita diuji.Sebutlah ayat ini semoga kita menjadi orang yang dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat serta hidayah dariNya.


Bersambung...
Wallahu'alam.


p/s : Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh dikupas tentang tajuk ini,tetapi kerana takut akan menjadi terlalu panjang,inshaAllah akan disambung semula lain kali. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...