fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

4/1/12

Kita...Jauh sudah tersasar

28 Januari 2012,Sitiawan,Perak.

Masa itu aku masih di Kem PLKN,pada malam itu wira dan wirawati akan dibawa ke Bandar Sitiawan untuk menyertai Majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina 2012 peringkat kebangsaan,dekat stadium mana entah.Perdana Menteri akan hadir sekali katannya.


Perjalanan dari Seri Manjung ke lokasi sepatutnya mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja,tetapi kerana kesesakan lalu lintas,perjalanan menjadi lebih panjang,bas yang dinaiki terpaksa bergerak dengan sangat perlahan,maklumlah semua orang nak pergi rumah terbuka,dapat makan free.

Sampai sahaja di sana,bas pun berhenti.Sebaik sahaja para wira yang menaiki bas yang sama dengan aku turun,Azan Maghrib berkumandang.Dah masuk waktu solat.Punyalah ramai orang dekat situ,kami terpaksa berbaris untuk mengelakkan dariapada ada yang terpisah dari kumpulan,seorang jurulatih kami berada di depan sekali untuk menunjukkan jalan,sampai sahaja di sebuah kawasan yang agak lapang,jurulatih tadi pun bersuara,

"Sekarang kamu bebas nak pergi mana-mana,kalau nak makan booth makanan ada kat situ."

Kami pun apa lagi,petang tadi makan malam memang tak disediakan,kami terus menyerbu booth-booth makanan yang ada.


Tapi bukan mudah nak dapat makanan,bayangkan,bilangan tetamu yang hadir lebih kurang 50,000 orang,booth yang ada berpuluh-puluh sahaja.Memang langsung tak cukup.Dalam keadaan itu,dapatlah disaksikan perangai sebenar rakyat Malaysia yang kaya dengan adab ketimuran dan sopan santun.Berebut-rebut untuk mendapatkan makanan,tidak mengira usia,pakcik,makcik,uncle,apek,nenek pun ada.Ini cerita betul,dah macam dekat negara Somalia dah aku tengok,berebut-rebut nak makan.Keadaan masa itu memang sangat kelam kelibut,semua orang dah macam kebulur sangat dah,macam seminggu tak makan.Aku pun dengan rela hatinya mengundurkan diri,biarlah member-member aku yang bergesel-gesel dengan orang ramai merebut makanan.Aku nanti mereka dah dapat aku mintak lah sikit,apa susah.


Dalam keasyikan,baru aku teringat,kami belum solat Maghrib lagi!aku pun mula gelisah,mana nak cari tempat solat dekat sini,aku bukannya tau sangat tempat-tempat dekat sini.Waktu untuk solat maghrib pun semakin suntuk.Aku bertanyakan dekat member-member PLKN yang lain,

aku          : Weh kita tak solat lagi nih,macam mane??
member   : tak payah,dah tak sempat dah.
aku          : gila lah,jom ah solat!
member   : weh,kalau nak solat pun,kat mana?ada tempat??(nada marah)
aku          : cari lah!jom ah!

Lepas itu entah macam mana aku terpisah dengan kumpulan mereka,sebab mencari surau rasanya,hanya ada seorang je lagi member yang dengan aku.

Aku tak tau apa nak buat,kalau ikutkan hati nak aje aku mintak air botol mineral orang lain untuk ambik wudhuk dan solat je dekat situ,memang masa dah suntuk sangat dah.Selepas itu aku ambil keputusan untuk bertanya orang ramai,dekat mana tempat solat dekat area ni.Mula-mula aku tanya seorang pakcik,pakai kopiah,oke sangatlah tu,sesuai sangat untuk ditujukan soalan sedemikian.

"Assalamualaikum,pakcik,tumpang tanya,surau sini dekat mana??"

Pakcik itu tersenyum dan berkata sambil menggaru kopiah,


"surau?pakcik tak tau lah,dik."

Hampa dengan jawapan pakcik tu.Tak apa,Husnuzzon,Pakcik tu dah solat dekat rumah kot sebelum datang sini.Lepas tu aku jumpa dengan seorang polis,soalan yang sama aku berikan,namun jawapan yang diberikan tetap menghampakan.Gila,macam nak menangis pun ada masa itu.Kami berdua terus berjalan lagi,terserempak dengan 3 orang jurulatih kem kami,mereka sedang asyik melihat persembahan apa entah,aku malas nak tengok.Aku pun tanya lah mereka,


"Cikgu,kami tak solat lagi ni,surau dekat mana cikgu?"

.........................................

Nak tahu apa yang berlaku?

Mula-mula mereka tergamam,lepas itu tiba-tiba mereka gelak,berdekah-dekah.
Pergh,kau ingat aku main-main ke,cakap dalam hati.Member aku yang seorang ni pun hanya mampu memandang sahaja jurulatih yang menggelakkan kami kerana mencari surau.
Tapi lepas itu salah seorang dari mereka menjawab,

"cuba cari dekat stesen minyak sana,sini tak ada surau rasanya".

Kami pun tanpa menunggu apa-apa terus menuju ke stesen minyak yang dimaksudkan,kalau ada surau dekat sana,adalah.Nak pergi sana kena keluar dari area stadium,solat tetap solat,keluar sahaja dari pagar stadium,terus kami disapa oleh seorang lagi jurulatih,

"haii,jauh berjalan bang."

kecut perut kami mendengar sapaan tersebut,takut kena marah pulak sebab tinggalkan area stadium.kami pun bagitahulah masalah kami,tak solat maghrib lagi.Nasib kami baik,jurulatih yang seorang ini berbeza sikit,dia terus membawa kami ke sebuah masjid yang terletak agak jauh dari stadium,dia suruh kami rahsiakan perkara ini,sepatutnya dia tidak boleh membawa kami keluar dari sana.Alhamdulillah,terima kasih Allah!!Dapat kami tunaikan solat maghrib dan isyak sekali dekat masjid itu.Selepas habis solat,kami berterima kasih kepada jurulatih tadi,dia kata tak apa,memang tanggunjawab dia.Senyum.

Setelah pulang semula ke stadium dan bertemu dengan member-member yang lain,barulah kami tahu,rupanya ramai di antara wira dan wirawati yang masih belum menunaikan solat fardhu maghrib walaupun dah terlepas waktunya,memang ada juga yang dah solat tapi lebih ramai yang belum.Alasannya...

"tiada tempat lahh,"


"nak solat dekat mana??"

Astaghfirullahal'azim.
Jadi..siapakah yang harus dipersalahkan??
jurulatih??PLKN??diri sendiri??
Fikir-fikirkan,jawapan di tangan anda. :)

Ummat Islam kini

Berdasarkan kisah benar yang saya sendiri alami itu tadi,bukanlah saya nak katakan saya ni baik atau bagus,astaghfirullah,jauh sekali tuan-tuan.Saya mengaku saya juga adalah hamba Allah yang lemah dan seringkali silap dan lupa.Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan adalah,kita dapat melihat bagaimana hakikatnya keadaan ummat Islam kini.Bayangkanlah,sedangkan solat,suatu perkara yang paling asas,basic,yang wajib ditunaikan,tiang agama,dengan sewenang-wenangnya ditinggalkan dan dianggap remeh.


Hari ini kita selalu dikejutkan dengan berita-berita tentang kes-kes pembuangan bayi,zina,khalwat,gejala sosial yang semakin melarat,tidak dilupakan kes-kes mencuri,merompak,rasuah merasuah dan sebagainya.Apabila kita mendegar berita-berita sedemikian,mulalah kita melatah,mendesas-desus,mengata macam-macam,dia jahat,dia tak patut buat macam itu.Tapi kita tidak pula membicarakan tentang mengapa terjadinya jenayah-jenayah tersebut.Apakah punca dan sebabnya?

Di sini saya bukanlah hendak menyalahkan sesiapa,tetapi sekadar memberi peringatan buat diri saya sendiri dan teman-teman semua,ketahuilah sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 45,

"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"

Cuba kita kaitkan,lihat kepada keadaan ummat yang kini semakin lalai dalam menunaikan solat,maka tidak hairanlah berlaku bermacam-macam kebobrokan.Ya,perkara yang keji dan mungkar terjadi adalah kerana kelalaian kita sendiri dalam menunaikan solat.Itulah puncanya!

Ayuh teman jagalah solat!!


Kita dah tahu punca kerosakan yang berlaku,maka apa yang kita perlu buat?baikilah ia sekarang!
Solat itu kunci kejayaan,solatlah kalau anda nak berjaya di dunia dan akhirat.Di akhirat nanti,amalan yang paling mula-mula sekali yang akan dihisab adalah solat.Sepertimana sabda nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah solat seseorang, jika solatnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia,dan jika solatnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.Sekiranya terkurang dari solat fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah,adakah hamba-Ku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari solat fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
 (Riwayat at-Tirmidzi)

Subhanallah,baiknya Allah!

Oleh itu teman,jagalah solat kita.Jaga dari segala sudutnya,agar solat yang kita tunaikan sah dan diterima di sisi Allah.Antara sudut-sudut yang perlu di jaga adalah seperti masa menunaikan solat,bacaan dalam solat,rukun-rukunnya,dan lain-lain.Nak tahu lebih lanjut,bacalah buku "Formula Solat Sempurna" karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.



Dalam Islam sendiri kita dah diajar,sekiranya anak-anak yang telah berumur sepuluh tahun,tapi masih meninggalkan solat,kita kena pukul mereka sebagai pengajaran.
Yang itu kalau sepuluh tahun,yang kita ini,dah berapa tahun??Takkan nak kena pukul lagi,kalau pukul nanti marah pulak kan.Saya yakin lah semua pembaca semuanya dah lebih sepuluh tahun,kalau ada yang bawah sepuluh tahun,taniah lah untuk dia,nanti saya kasi hadiah,hehe.


Akhir kata,ambillah pengajaran dari pengalaman yang telah saya kongsikan tadi.Sedarlah,kita semua telah jauh tersasar,selagi kita mampu,kembalilah ke "track" yang sebenar.Kita ummat akhir zaman,di mana sangat sedikit daripada kita yang akan selamat.Semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit.Amin.

Wallahua'lam.

p/s : Maaf sekiranya kurang menarik dan ada unsur-unsur perkauman dan politik,sekadar perkongsian untuk semua,segala-galanya terpulang kepada anda untuk menilai.Semoga bermanfaat.
*dah lama tak menulis. :)

10 comments:

  1. thanks atas perkongsian..cuba mengambil iktibar ^^,

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada diri anda sendiri kerana mampu menjaga solat. Allah masih sayang pada anda. terkadang kita rasa marah bila orang tak menjaga solat dan kita akan rasa orang itu tak reti jaga agama, tapi ketahuilah itu mungkin ujian yang berat sebenarnya buat mereka dari Allah. Doakanlah agar mereka mendapat kasih sayang Allah kembali untuk diri mereka. Setiap orang ada turning point yang tersendiri.

    *sekadar bicara kosong, maaf andai terkasar atau tersilap bicara.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih afiqah,komen yg sgt mmberi kesan kepada diri saya sndiri,minta maaf skiranya ada tersilap dalam menulis.inshaAllah akan cuba mmperbaiki pada masa akan datang,maaf byk2 semua.

      Delete
  3. akhirnnya ada juga orang bercerita tentang benda ini..waktu ini memang sadis la..
    ramai selamba aja buat jamak lepas balik kem..
    tahniah kerana akhirnya dapat solat..

    ReplyDelete
  4. pernah terjadi kat aku ooo..mende ni..huhu...lagi sedih..1st dtg PLKN dh tak solat...sebab ape takut ngan manusia..rase jahil gile..tyme 2...menyesal mmg menyesal..harap Allah terima la amalan akau kat PLKN

    ReplyDelete
  5. tahniah krn faktor keadaan ketika tu xdijadikan alasan utk meninggalkan solat. c: pergi sambutan rumah terbuka tu jugakk ye... xnampak pon. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,ramai sangat orang kan,macam tak lojik pulak nk terjumpa :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...