Power Puff Girls?? :D
Aku pun klik lah.
Artikel ni ditulis berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh majalah Forbes,sebuah majalah yang agak berpengaruh di dunia pada masa kini.
Kat sini biar aku bagi summary dari artikel tersebut.
Nombor 1
Nama : Barack Obama
Umur : 50
Jawatan : Presiden,USA
Nombor 2
Nama : Vladimir Putin
Umur : 59
Jawatan : Perdana Menteri,Russia
Nombor 3
Nama : Hu Jintao
Umur : 68
Jawatan : Presiden,Republik China
Nombor 4
Nama : Angela Merkel
Umur : 57
Jawatan : Canselor,Germany
Nombor 5
Nama : Bill gates
Umur : 56
Jawatan : Pengerusi Bersama,Bill & Melinda Gates Foundation
Nombor 6
Nama : Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud
Umur : 87
Jawatan : Raja,Arab Saudi
Nombor 7
Nama : Pope Benedict XVI
Umur : 84
Jawatan : Pope,Gereja Roman Katolik
Nombor 8
Nama : Ben Bernanke
Umur : 57
jawatan :Pengerusi,Federal Reserve
Nombor 9
Nama : Mark Zuckerberg
Umur : 27
Jawatan : Pengasas,Facebook
Nombor 10
Nama : David Cameron
Umur : 45
Jawatan : Perdana Menteri,United Kingdom
Kalau nak baca artikel asal boleh kilik sini.
Lepas habis usha artikel tu.
Tiba-tiba terdetik beberapa persoalan dalam benak hati aku.Persoalan yang mewujudkan sedikit kekesalan.
1. Orang Islam ada seorang je dalam list tersebut.
Kalau kita tengok balik,memang ada seorang je di antara 10 orang tersebut yang beragama islam.Itupun dia pada kedudukan yang ke-6,iaitu seorang raja dari kerajaan arab saudi.
Dalam berbilion umat islam,tapi hanya seorang je yang ada kat atas tu.Mana pergi yang lain??
Dekat sini kita dah boleh tengok,macam mana orang-orang bukan islam telah mendominasi kekuasaan dunia.Macam mana berjayanya mereka dalam melemahkan umat islam melalui pelbagai serangan fizikal dan psikologi.
2. Golongan Pemuda pun ada sikit je.
Ke mana perginya orang muda??
Satu-satunya belia(umur 18-40 tahun) yang ada di dalam list tersebut ialah Mak Zukebeg yang berumur 27 tahun,pengasas kepada laman sosial Facebook,yang selalu korang guna tu.
Mari kita tengok balik sejarah kita,betapa hebatnya pemuda-pemuda Islam pada zaman silam.Macam mana Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah mengetuai ribuan tenteranya dan berjaya menawan kota Constantinople pada ketika umurnya masih remaja.Abdullah bin Umar yang telah menawarkan diri kepada Rasulullah untuk join peperangan seawal umur 15 tahun,Salahuddin Al-Ayyubi yang telah dilantik menjadi Panglima tentera Syria seawal umur 21 tahun.Wow,hebatnya pemuda-pemuda kita dulu!
3. Orang Malaysia langsung tak ada beb!
Haha,yang ini aku tak payah lah nak kecilkan skop lagi kepada orang melayu.Nasib baik ada juga lah Barack Obama yang ada sikit-sikit darah keturunan Indonesia (kalau tak silap lah).
Ke mana perginya orang Malaysia??tak hebatkah kita??
Kita juga hebat,kita ada Syeikh Muzaphar Syukor,Safee Sali,Lee Chong Wei dan banyak lagi sebenarnya,tapi tak tahu lah kenapa mereka ini tak tersenarai dalam list tersebut,belum cukup hebatlah tu,usaha lagi!Malaysia boleh!!
Alangkah Bangganya aku kalau ada seorang pemuda dari Malaysia yang beragama Islam tersenarai dalam list tersebut.Bukan aku je bangga,bahkan seluruh rakyat Malaysia juga akan turut sama berbangga.kan?
Tapi malangnya hari ini aku tengok ramai orang-orang muda kat Malaysia ini yang rata-ratanya orang MELAYU,ISLAM,termasuk aku sendiri,majoriti antara kita telah terlalu leka dan enak dibuai dengan nikmat dunia.Betapa banyak kebobrokan sosial.Tengoklah sekeliling kita.Na'uzubillah.
Inilah realitinya pemuda-pemuda di Malaysia sekarang,yang rata-ratanya MELAYU dan ISLAM.Alangkah berjayanya musuh-musuh Islam di luar sana.Mesti diorang tengah gelak guling-guling tengok umat Islam kini.
Jadi hari ini aku nak mencabar diri aku sendiri serta sahabat sekalian.aku mencabar untuk cuba merebut tempat pertama hingga ke sepuluh manusia paling hebat di atas muka bumi ini.Sahutlah cabaran aku ni,aku jamin takkan rugi punya.
Berusahalah,semuanya perlukan mujahadah dan pengorbanan.Marilah kita mengejar kebaikan di dunia dan di akhirat.Firman Allah dalam Al-Quran :
"dan carilah (kebahagiaan) akhirat,yang telah Allah sediakan untukmu,tapi jangan lupa bahagianmu dari kenikmatan dunia" (Surah Al-Qasas,ayat 77)
Tengoklah satu hari nanti,pemuda-pemuda Islam akan menggantikan senarai 10 orang most powerful in the world tersebut.Umat Islam akan menguasai segala aspek.Politik,Ekonomi,Sosial,teknologi,Ketenteraan, dan sebagainya.Masa depan ummah ini terletak di tangan kita,PEMUDA ISLAM.
INSYAALLAH...
p/s : Kita kena selalu beringat,janganlah kita beramal semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan manusia,tetapi kejarlah pengiktirafanNya. :)














No comments:
Post a Comment