fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

11/28/11

Manusia;Men'syurga'kan dunia

Dunia.Dunia.Dunia.

Ada apa dengan dunia??
Apakah dunia??

Kalau ditanya kepada orang,apakah dunia?nescaya jawapan yang berbeza akan diberi,mengikut idea dan point of view masing-masing.
Kalau ditanya kepada orang yang malas nak fikir,dia akan cakap,"dunia tu dunia lah!"
Tapi sedarlah,hakikatnya dunia itu boleh membawa kepada beberapa maksud.

Antaranya maksud yang paling simple,dunia ini adalah alam yang kita duduk sekarang.Segala-galanya,dari yang ada dekat atas muka bumi,hinggalah ke dasarnya,dan juga segala yang ada dekat atasnya termasuklah matahari,bulan,bintang,blackhole, dan sebagainya.


Dari segi yang lain pula,"dunia" ini adalah satu perkataan yang berlawanan atau pun antonim kepada "akhirat".
Dunia lawannya akhirat.
kenapa??
Sebab akhirat itu adalah pengakhiran,dan setiap pengakhiran pasti ada permulaan.Dan permulaan kepada akhirat adalah dunia.
Akhirat itu adalah kekal abadi,dan dunia itu adalah temporary sahaja.

Dunia juga boleh didefnisikan sebagai segala benda yang dicipta oleh Allah yang menjadikan manusia tertarik hatinya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk medapatkan atau menjayakannya.Kemudian benda itu akan dicintai serta dimuliakan oleh mereka.Contohnya isteri,anak-anak,harta benda,pangkat dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis,Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

"Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
(Riwayat Muslim)


Penjara??




Ada ke antara kita yang pernah masuk penjara??Best ke??haha.


Dikurung dalam ruang petak yang sempit,gelap,kotor,dengan jeriji-jeriji besi yang tinggi dan kukuh,hidup dikelilingi rantai besi dan kunci mangga solex,dipakaikan dengan pakaian yang buruk dan tidak fashionable,dikawal pula oleh pengawal atau warden penjara yang bermuka bengis dan garang.Hidup terkongkong,makanan pun tak seberapa walaupun free,nak tidur pun banyak nyamuk,tak ada kipas pulak tu,nak buang air pun tandasnya "open to public".jijik.


Tanyalah berapa banyak kali sekali pun,jawapan aku tetap sama,TAK BEST!!


Tapi itulah hakikatnya,hidup sebagai seorang mukmin di atas muka bumi ini memang ibarat penjara.Memang banyak perkara yang dilarang dan ditegah,ini tak boleh buat,itu tak boleh buat,tension!
Tapi ingatlah,aturan dan tegahan itu semua adalah dari Yang Maha Bijaksana,Yang Maha Mengetahui.Setiap yang ditetapkan pasti ada hikmahnya,yang hanya diketahui olehNya dan oleh orang-orang yang berfikir.

Di dunia ini kita harus mengongkong hawa nafsu kita yang meliar.Menggarinya dengan rantai besi agar tidak terlepas dan terus membuas.Sekiranya dibiarkan bebas,hawa nafsu ini akan bergerak mengikut sesuka hatinya maka berlakulah maksiat.Di dunia ini kita diharamkan berzina tetapi ianya dihalalkan dengan bernikah.Kita diharamkan berjudi dan mengambil riba tetapi kita dihalalkan berniaga dan berdagang.nampak??Larangan-larangan ini umpama jeriji-jeriji besi di penjara yang memelihara kita daripada kemusnahan.


Aturan-aturan di dunia ini lah yang akan menyelamatkan kita apabila kita telah "bebas" dari penjara ini nanti,di mana kita akan memulakan hidup yang baru,kehidupan yang lebih baik daripada segala-galanya.Hakikatnya orang yang menekan dan mengekang hawa nafsunya di dunia ini,dia sedang membina sebuah mahligai yang indah di akhirat.


Syurga bagi orang kafir




Bagi orang kafir,dunia ini adalah syurga,di mana syurga ini bebas untuk berbuat apa sahaja.Tidak ada istilah haram dalam kamus hidup mereka.Yang haram dihalalkan asalkan dapat memuaskan hawa nafsu mereka.Mereka tak ubah seperti binatang ternak yang hanya memikirkan urusan "perut dan bawah perut" mereka.
Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 12 :


"Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang(di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.Dan neraka adalah tempat tinggal mereka."


Hawa nafsu mereka dibiarkan bebas.Tiada peraturan.No rules.


Nak berzina??lakukanlah!
Nak minum arak??Minum,minumlah sampai mabuk!!
Nak tengok blue??Tengoklah!!
Nak apa lagi??buat!!buat!!buat!!


Tapi "syurga" mereka ini tidak kekal lama.Ianya pada satu hari nanti akan hancur lebur.Dan segala kenikmatan yang didapati daripada hawa nafsunya tadi akan hilang,dan digantikan dengan azab,azab yang pedih.Nau'zubillah.


Men'syurga'kan dunia


Ada segelintir orang islam,yang sepatutnya hidup dalam "penjara".Telah melakukan prison break atau melarikan diri daripada penjara.Mereka telah melepas kan hawa nafsu yang sepatutnya digari,dibiarkan ia terlepas mengganas.Hawa nafsu yang sepatutnya sentiasa di bawah pengawasan rapi,dibiarkan bebas melakukan apa sahaja.Mereka inilah yang dinamakan sebagai golongan yang telah men'syurga'kan dunia.




Dunia yang sepatutnya mempunyai batasan dan peraturan telah diabaikan.Malah dijadikan dunia itu umpama syurga yang tidak mempunyai apa-apa peraturan.Di syurga boleh bersenggama sesuka hati tanpa henti 24 jam,atau minum arak bergelen-gelen,atau mengumpulkan harta sehingga bergunung-gunung,di dunia juga mereka hendak melakukan perkara yang sama.Seolah-olah tiada beza lagi antara dunia dan akhirat.


Inilah hakikatnya,umat islam hari ini seharusnya sedar.Lihatlah di sekeliling kita,manusia sudah menjadi hamba kepada hawa nafsu,dibiarkan hawa nafsu mengawal diri mereka,membiarkan hawa nafsu yang menetapkan segala hukum.Hasilnya pendedahan aurat sudah dianggap perkara biasa,maruah diri seorang wanita sudah dianggap remeh,tidak mempunyai "couple" atau pasangan istimewa dianggap kolot dan ketinggalan zaman,riba dianggap sebagai keuntungan dan macam-macam lagi.Ini semua berlaku disebabkan manusia menetapkan hukum tidak berdasarkan akal tetapi berdasarkan hawa nafsu.


Fikir-fikirkanlah.Wallahua'lam.


p/s : Janganlah kita terjebak dengan penyakit wahan,iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.Sesungguhnya cintakan dunia itu adalah punca segala kerosakan. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...