fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

4/20/12

Yvonne Ridley...you know who??

Siapa?


Pernah dengar tak nama Yvonne Ridley??
Siapa dia ni?? Anda kenal dia??
Kenal? Baguslah kalau anda kenal. Tahniah!

Tapi kalau ada yang masih tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik nama ini, tidak mengapa, sebab saya pun sebenarnya baru sahaja kenal siapa sebenarnya dia ni, kita sama.
Sekarang biar saya memperkenalkan Yvonne Ridley, seorang wanita yang hebat ini kepada anda semua.

Nama : Yvonne Ridley
Nama Islam : Bassam al-Muslimani

Tarikh Lahir : 23 April 1958
Tempat Lahir : Stanley,Country Durham,England

Kewarganegaraan : Britain
Etnik : Inggeris

Pekerjaan : Jurnalis dan Aktivis

Agama : Islam

(Sumber dari Wikipedia)


Kisah Seorang Mujahidah,Pembela Agama


Hidayah Allah SWT tidak akan menyapa hati manusia yang ingin mencari kebenaran, walaupun dibina tembok penghadang sekalipun Islam akan terus menyeruak lembaran kehidupan manusia. Islam hari ini menjadi agama yang mula mendapat tempat dalam hati masyarakat Barat terutama selepas tragedi 11 September. Usaha Yahudi untuk menimbulkan kebencian masyarakat dunia kepada Islam akhirnya menjadi padah kepada mereka kerana masyarakat Barat yang objektif mula mengkaji tentang Islam.Islam dikebanyakan negara Eropah hari ini menjadi agama yang kedua paling ramai penganut.Salah seorang tokoh pendakwah yang baru di Barat ialah Bassam al-Muslimani,wanita pemberani ini kini sentiasa menjadi bahan berita termasuk cuba diaibkan dengan masa silam beliau sebelum beriman.


Kalau disebut nama Bassam al-Muslimani,mungkin banyak pihak tidak pernah mendengar nama itu,boleh jadi mereka beranggapan mungkin beliau adalah seorang penyanyi wanita keturunan Arab dari Mesir,Lubnan atau sebagaiya,dan mungkin juga seorang model terkenal.Namun telahan itu semua meleset,Bassam al-Muslimani  adalah individu yang pernah menggunakan nama Yvonne Ridley,bekas seorang wartawan terkenal Britain dari akhbar 'Sunday Express' selaku Ketua Pemberita yang pernah membuat liputan berita  pada era pemerintahan Taliban yang dikaitkan dengan keganasan dan keterpurukan.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di beberapa buah syarikat terkemuka di Britain selain Sunday Express iaitu Independent,Daily Mirror,The Observer dan Sunday Times,beliau termasuk wartawan kanan yang diberi kepercayaan untuk membuat liputan khas di Afghanistan,memandangkan ia sebuah negara yang dikaitkan dengan keganasan selepas peristiwa 11 September di New York.


Sepanjang berkarier sebagai wartawan kanan,Yvonne sering kali diundang oleh syarikat-syarikat akhbar dalam dan luar Britain bagi menyampaikan ceramah mengenai ceramah mengenai pergolakan dan krisis di Iraq,Afghanistan,Pakistan,Uzbekistan,Palestin,Kashmir,Chechnya,termasuk ceramah mengenai wanita menurut islam,perang antara Islam dan Kristian dan pelbagai tajuk lain yang melonjakkannya sebagai wartawan tersohor.


Kecerdasan akal dan dipakejkan dengan bakat menulis dan berpidato telah menyebabkan beliau sentiasa diburu agensi berita untuk dijadikan staf mereka.Beliau juga terkenal sebagai seorang wartawan yang suka mengambil risiko demi mendapatkan laporan berita yang bernilai tinggi.Beliau gemar mendapatkan berita 'segar' dari medan peperangan dan inilah Yvonne adalah sebuah nama besar dalam dunia kewartawanan Barat.

Kisah Yvonne memeluk Islam dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya


Beliau pada asalnya seperti warga Barat yang lain,cukup tidak merasa senang dengan Islam.Apatah lagi membesar disebuah negara yang bebas,membesar seperti remaja Barat yang lain tidak memungkin beliau melihat Islam daripada kacamata yang jernih.Namun,persepsinya terhadap agama Allah ini akhirnya berubah apabila terperangkap dalam konflik di Afghanistan,sebuah negara yang dilabelkan sebagai sarang pengganas oleh Amerika dan sekutunya termasuk Britain,negara yang melahirkan Yvonne Ridley.


Ia bermula dengan penghantaran beliau ke sempadan Pakistan-Afghanistan pada tahun 2001 bagi membuat liputan mengenai peralihan kuasa Taliban yang diganggu oleh pentadbiran Amerika yang menamakan Hamid Karzai sebagai balacinya untuk mengambil alih kerajaan pimpinan Taliban ketika itu.Saat beliau ditugaskan untuk membuat liputan di Afghanistan,negara itu sedang menjadi sorotan lensa berita terutama kekalahan kerajaan Taliban.Kerajaan Taliban yang berkuasa setelah berlaku pertelegahan puak mujahidin telah menjalankan pelaksanaan syariah Islam,menghapuskan penanaman popi,mencegah maksiat dan kemungkaran dalam negara.Namun Afghanistan juga dibawah Taliban dilihat menjadi 'training ground' kepada gerakan militan Islam yang kononnya mengancam Barat dan regim umat Islam.


Majikannya telah menugaskan beliau untuk melihat kehidupan Afghanistan pasca Taliban, dan di sinilah episod baru hidup Yvonne bermula. Beliau yang menyeberangi sempadan Pakistan untuk ke Afghanistan, ada kalanya dengan menunggang keldai ataupun menyewa kereta dengan memakai pakaian tradisi lengkap wanita Afghanistan dan kasut yang diperbuat daripada bahan plastik kerana ia amat sesuai dengan keadaan jalan di situ. Yvonne berjaya melepaskan dirinya dengan bantuan beberapa kenalan bidan terjunnya, baginya orang-orang Afghanistan walaupun miskin tetapi memiliki budi pekerti yang luhur,wajah muka yang berseri-seri, di mana pada celah-celah waktu berehat daripada perjalanan yang jauh, Yvonne ditawarkan makanan oleh seorang wanita Afghanistan, beliau mengambilnya dan bersyukur kerana masih ada lagi orang yang sudi membantunya. Pengalaman demi pengalaman yang dikutip telah memberikan tanggapan baru kepada beliau tentang Afghanistan yang sebelum ini menyangka Orang Islam akan bersikap bengis dan mendendami beliau sebagai orang yang tidak beriman.

Sangkaan beliau meleset apabila melihat betapa berbudi dan santunnya kaum wanita  Afghanistan terhadap beliau. Dalam perjalanan untuk ke Kabul, Yvonne bersama rombongan yang tidak dikenalinya berhenti lagi untuk mendapatkan keperluan iaitu makanan dan lain-lain, kemudian tidur sementara menunggu waktu pagi, beliau bersama wanita-wanita Afghanistan tidur dalam satu kawasan khas tanpa dibezakan sedikitpun sebagai orang asing, setelah matahari terbit, rombongan meneruskan perjalanan, sambil berbual-bual dengan wanita Afghanistan yang membawa bilangan anak yang ramai, Yvonne ditertawakan oleh wanita yang bersamanya apabila memberitahu bahawa anaknya hanya seorang sahaja, sedangkan bagi wanita Afghanistan, mereka sanggup melahirkan anak lebih daripada sepuluh orang.


Setelah sampai di sebuah pekampungan di Jalalabad yang dipenuhi dengan kawalan ketat tentera Taliban, wanita Afghanistan yang bernama Syamim berhenti di situ kerana mahu menziarahi ibunya yang sakit, ia adalah sempadan dengan kabul, takdir Allah SWT angin bertiup kencang hingga menyebabkan Yvonne terjatuh dari keldai dan melatah dalam dengan menggunakan bahasa Inggeris, kameranya juga terjatuh, dan rahsianya terbongkar apabila didengari tentera Taliban. Yvonne merasa takut lebih-lebih wajah  tentera berkenaan masam pekat, beliau dibawa berjumpa pihak atasan dan ditahan dalam penjara. Namun beliau dilayan dengan baik sekali, pada waktu itu beliau terkenang bagaimana banduan-banduan di penjara Abu Gharib (Iraq) dan Guantanamo yang dilayan seperti binatang dan disiksa. Beliau pada asalnya berfikir bahawa hidupnya akan berakhir di dalam bilik kurungan yang pengap atau sekurangya 'diratah' tubuhnya oleh komander Taliban yang diwajahkan oleh media sebagai manusia yang ekstrem.


Sangkaannya sekali lagi meleset sedikit demi sedikit seperti hawa panas berterbangan dengan desiran hujan yang menimpa bumi. Ternyata pegangan kukuh agama ahli pergerakan Taliban, telah mengajar mereka memuliakan tetamu dab juga kaum wanita. Anak-anak  muda berserban dengan janggut dan berjambang itu sentiasa membaca Al-Quran dan tekun menjaga ibadah sembahyang, malah menundukkan pandangan terhadap beliau. (menjaga pandangan mata dimana bermula nafsu).

Yvonne yang ditempatkan sebuah bilik berhawa dingin lengkap dengan bilik air dilayan dengan baik dan penyediaan makanan yang sempurna, bilik tahanannya itu hanya boleh dimasuki oleh pengawal wanita sahaja, namun beliau tidak mahu menjamah makanan kerana takut ia bercampur dengan racun atau sebagainya. Beliau masih lagi berhati-hati kerana berpuluh tahun kehidupan beliau jalani, Islam sentiasa diberikan gambaran yang salah.

Semasa dalam tempat kurungan beliau sentiasa didatangi oleh wakil pihak pemerintah untuk memastikan beliau selamat dan sekurangya boleh membuat pengaduan jika ada sesuatu untuk diajukan.
Beliau meminta bahan bacaan dan dibekalkan dengan bahan bacaan oleh pihak berkuasa, jauh lebih mulia jika dibandingkan dengan cara pihak keselamatan Barat melayani orang Islam seperti Dr Omar Abdul Rahman yang disiksa di penjara Amerika Syarikat.

Sesekali beliau dijenguk oleh seorang ulama' yang mengajarkannya pengertian Islam melalui buku 'Petunjuk sepanjang jalan' yang ditulis oleh as-Syahid Saiyid Qutb dengan harapan beliau dapat menerima Islam dengan baik, susasana pembelajaran itu amat menyentuh perasaannya, kerana beliau tidak dianggap sebagai banduan tetapi sebagai tetamu kerajaan Taliban. Dalam hati kecilnya amat berminat dengan Islam tetapi waktunya belum sesuai untuk berbuat demikian, kebaikan yang ditunjukkan semua pihak amat dihargainya, apatah lagi baginya kalau ditangkap oleh tentera Amerika, pasti seluruh tubuhnya diratah oleh mereka, namun sepanjang berada di bawah kawalan Taliban, tubuhnya yang suci itu tidak sekalipun diperlaku oleh tentera Taliban yang banyak meninggalkan kesan pada dirinya tentang kebaikan orang-orang Islam.


Akhirnya beliau dibebaskan dan pulang ke negara asal, Britain.Berita kepulangannya telah menjadi berita besar, beliau diburu pihak media untuk mendapatkan berita tentang keburukan Taliban. Namun pihak media merasa kecewa kerana Yvonne menceritakan keadaan yang sebenarnya, apatah lagi beliau mendapat layanan yang istimewa. Beliau telah mengambil peluang untuk membuat kajian tentang agama Islam, agama yang dianuti oleh lebih dua billion manusia termasuk ahli pergerakan Taliban. Britain dengan cuaca demokratik yang lebih baik bahkan jika dibandingkan dengan sesetengah negara umat Islam sendiri telah membuka jalan kepada beliau untuk mengenali Islam. Beliau banyak membaca dan membahas tentang islam dengan beberapa orang Islam sehingga merasa puas hati dengan soalan yang menghantui hidupnya. Dalam tempoh 30 bulan selepas pembebasannya, Yvonne sering mentelaah al-Quran dengan terjemahannya, membaca buku yang dihadiahkan oleh Syeikh ketika dalam tahanannya, akhirnya bertekad memeluk Islam, kemasukannya ke dalam Islam pasti mengundang perkara yang tidak terduga, antaranya akan dibuang kerja sebagai wartawan di Sunday Express.

Beliau dituduh oleh banyak pihak terutama laporan akhbar yang mengatakan beliau terkena sakit mental hingga bertukar agama, namun semua tohmahan itu dijawabnya dalam buku tulisan yang bernama 'In The Hands of the Taliban' and 'Ticket to Paradise' bagi menjernihkan kedudukannya.

Perjuangannya membela muslimat bertudung kepala



Sejak masuk Islam, Yvonne sering bercakap tentang kewajipan Wanita Islam MENUTUP KEPALA MEREKA dengan hijab, sehingga beliau mengecam hebat Menteri Kebudayaan mesir, Farouq Hosni yang memperlekeh muslimah yang bertudung kepala dengan menyifatkan mereka dengan gelaran yang tidak sepatutnya, apatah lagi beliau adalah seorang menteri beragama islam. Beliau sering diundang dalam majlis-majlis anjuran gerakan Islam, yang terakhir beliau menghadiri muktamar Jamiet-Islami Pakistan dan diberi penghormatan untuk berucap, dalam kesempatan ucapannya beliau mengingatkan para muslimat khususnya anggota gerakan Islam agar tidak memandang kecil hukum memakai hijab.

Subhanallah.
InshaAllah sama-sama kita ambil iktibar.Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam.

p/s : Sebenarnya artikel ini dipetik bulat-bulat dan diedit sedikit sahaja daripada sebuah buku yang bertajuk "Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden 2" tulisan Zainudin hashim dan Riduan Mohamad Nor,terbitan Jundi Resources.Dalam buku ini ada banyak lagi menceritakan tentang tokoh-tokoh yang hebat dalam dunia Islam pada zaman moden ni.Rugi kalau tak baca,belilah buku ni RM25 je(padahal saya pun pinjam kawan punya).Promote sikit,hehe. ;)

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...