fikirzikirfikrahtazkirah

fikirzikirfikrahtazkirah

12/11/11

Satu...cukup ke?

Situasi 1


Di dewan makan (DM) sebuah asrama,Kasim dan Samsul sedang mengambil lauk untuk makan tengah hari,lauk ayam masak merah hari ni.Sedap ohh. :)

Kasim : weh samsul,mak cik DM tak ada ni,ambik la ayam lebih.Aku pun ambik dua ni.
Samsul : Ishh kau ni,aku kalau ada peluang macam ni,tak payah dijemput.haha.(sambil mengambil ketulan-ketulan ayam masak merah dengan cepat,risau mak cik DM nampak).
Kasim : gila lah kau,sampai tiga kau ambik!haha!
Samsul : haha,aku dah bayar yuran asrama,suka hati aku lah,hak aku.


Situasi 2

Siti dan Fatimah sedang sibuk bershopping di salah sebuah shopping complex yang terkenal di Ibu Kota.Sedang mereka membelek-belek beberapa pasang kasut,terjadi perbualan antara mereka.

Siti : cantiknya kasut ni,dah lah murah,cantik pulak tu.
Fatimah : cuba tengok yang ni,cantik kan?(sambil tunjukkan kasut yang lain)
Siti : wahhh.cantikkk.berapa harga dia?
Fatimah : hmm,RM 34.50 je.Murah.(senyum)
Siti : Alahh yang ni cantik,yang tu pun cantik,yang ni murah,yang tu pun lagi murah.Macam mana ni?
Fatimah : Alah kau ni,ambil je lah dua-dua,bukannya mahal sangat pun.




Huh..!!
Situasi macam ni dah banyak kali terjadi...kan??
Tak tau lah tapi situasi yang pertama tadi memang aku tahu pernah banyak kali jadi,sebab aku pun pernah mengalaminya.Sebab aku duduk asrama.Biasa sangat lah budak-budak asrama ni ambik lauk lebih,lagi-lagi kalau tiba-tiba hari tu mak cik DM tu masak special sikit daripada yang biasa.haha.

Sekarang mari kita renung sebuah hadis.


Dari Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Andaikan seorang anak Adam mempunyai satu lembah dari emas pasti ia ingin mempunyai dua lembah,dan tidak ada yang dapat menutup mulutnya (menghentikan ketamakannya kepada dunia) kecuali tanah (maut). Dan Allah memberi taubat kepada sesiapa yang bertaubat.”
(Bukhari – Muslim)


Boleh tak anda semua kaitkan situasi-situasi yang dekat atas tadi dengan hadis ni??
Boleh kan??
yup,manusia,selagi mana namanya ialah manusia dia takkan terlepas daripada sifat tamak dan rakus.Tidak pernah cukup.Dah ada satu,nak tambah lagi satu,lepas tu tambah lagi satu,tambah lagi satu,tambah lagi,sampai lah dia mati baru lah berhenti aktiviti tambah-menambahnya.Na'uzubillah.


Dalam buku Fathul Bari,telah diterangkan maksud hadis ni.


Ibnu Hajar berkata: Ath-Thibi berkata: “Makna hadis ini adalah bahawa anak Adam diberi tabiat cinta kepada harta benda dan tidak merasa puas untuk mengumpulkannya KECUALI orang-orang yang telah dijaga oleh Allah dan diberi taufiq untuk menghilangkan tabiat ini dan sedikit sekali dari mereka yang mendapatkan taufiq."

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat taufiq daripadaNya.InshaAllah.

Tamak dan rakus

Orang-orang tua dulu selalu cakap,orang yang tamak selalu rugi,masa zaman awal-awal dulu pun kita juga biasa dengar dan baca cerita tentang anjing dengan tulang...ingat?cerita yang anjing curi tulang lepas tu nampak bayang-bayang tulang yang lagi besar bila ushar muka dia dalam air,padahal tu cuma reflek cahaya,tapi dia tak tahulah kenapa jahil sangat pergi terjun nak berebut tulang yang lagi besar tu.Akhirnya tulang yang dia curi mula-mula tadi hilang dari gonggongan,terlepas kot masa berebut tulang yang lagi besar tadi.Nama pun anjing.Dasar anjing!haha.


Daripada cerita anjing dan tulang ini,maka betul lah apa yang orang tua-tua cakap tu,orang yang tamak selalu rugi.Bila diri ini telah dikuasai oleh sifat tamak,apa pun sanggup buat untuk mengejar dunia sehingga lupa keselamatan diri,lebih teruk lagi ada yang sehingga lupa batas-batas agama.Hukum halal haram semuanya dilanggar,asalkan hajat tercapai.Dunia dikejar separuh mati hingga akhirat berciciran,apa pun tak dapat.

Sifat tamak,rakus,haloba ini adalah salah sifat yang tercela.Sifat ini akan menyebabkan manusia menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya,bila manusia meletakkan dunia sebagai matlamat,dia tidak akan berasa cukup dan berusaha untuk mendapatkan lebih.Seseorang juga akan menjadi seronok dan senang dengan hartanya yang menggunung,bila dah jadi macam ni dia tidak mahu keseronokannya hilang jadi dia akan terus tambah dan tambah hartanya kerana dia tahu,hartanya itu kalau digunakan,kelak akan habis.Maka jadilah dia hamba kepada nikmat,harta dan keseronokan.Mabuk dengan dunia.

Kenapa timbul sifat tamak??

Tamak ini terjadi kerana wujudnya sifat buruk sangka dan ragu-ragu terhadap rezeki yang telah dijamin oleh Allah.
Allah telah menjamin rezeki untuk sekalian makhlukNya,semuanya telah dijamin,dari manusia,katak,ayam,kucing,bahkan ulat dan semut semuanya telah dijamin rezekinya oleh Allah.Sebagai balasan Allah telah memberikan amanah sebagai seorang hamba kepada sekalian makhluknya.


Orang yang ragu-ragu ini akan cuai dalam melaksanakan amanahnya kepada Allah,tetapi sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh hingga separuh mati untuk mendapatkan apa yang telah dijamin untuknya.Maka rugilah orang-orang ini.

Firman Allah dalam surah Al-'Adiyat ayat 6-8 :

"Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, Dan Sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, Dan Sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta"


Marilah kita bersifat Qana'ah!!

Qana'ah??apa tu??
Qana'ah ni ialah berpuas hati dan menerima dengan cukup rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah.Senang cerita Qana'ah ni adalah antonim kepada tamak,tamak lawannya qana'ah.

Qana'ah  mengandungi 5 perkara.

  1. Menerima dengan rela dengan apa yang ada
  2. Memohon kepada Allah rezeki berserta dengan usaha
  3. Menerima dengan sabar segala ketentuanNya
  4. Bertawakkal
  5. Tidak tertarik dengan tipu daya dunia
Qana'ah ini bukan bermaksud manusia tak payah bekerja,tak payah cari rezeki,bahkan qana'ah bertujuan untuk menambahkan rasa bersyukur terhadap rezeki yang telah dikurniakan.

Rasulullah telah bersabda :

“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Sifat Qana'ah ini juga merupakan kekayaan yang sebenar,sepertimana yang telah dilafazkan oleh Rasul junjungan,dalam mafhumnya yang lebih kurang,kekayaan itu bukanlah banyaknya harta,tetapi kekayaan yang sebenar ialah kekayaan jiwa.

Sekiranya seseorang yang sangat kaya,memiliki sebuah mahligai yang cukup indah,kereta Mercedes,BMW dan sebagainya.Tetapi dia masih berasa tidak cukup dengan apa yang ada,dia juga sentiasa resah dan takut akan kehilangan harta-hartanya yang menimbun,adakah itu kaya??


Cuba kita lihat pula seorang yang hanya memiliki rumah teres,kereta biasa-biasa,kerja pejabat,tetapi dia sentiasa berasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada untuknya.Jiwanya tenang dan wajahnya selalu tersenyum.Hatinya tenteram dan yakin dengan jaminan rezeki oleh Allah.Ini barulah kaya,kaya jiwa.

Cukuplah dengan apa yang ada!!

Oleh itu sahabat sekalian,kita seharusnya menyematkan rasa kesyukuran terhadap setiap kurniaanNya kepada kita.Orang yang bersyukur tidak akan bakhil dan kedekut,bahkan akan menjadi seorang yang murah hati,dermawan dan bersedia membantu mereka yang memerlukan.


Cukuplah dengan apa yang ada,suburkan sifat qana'ah dalam diri kita,buang segala perasaan tamak dan rakus.Yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan terhadap jaminan Allah bahawa setiap kita ini telah ditentukan rezeki olehNya.

Jika telah ditentukan untuk kita satu,maka cukuplah dengan satu.

Wallahua'lam.

p/s : Qana'ah itu sebenarnya masih luas maksudnya,untuk kefahaman yang lebih mendalam bolehlah klik sini atau sini.Atau bolehlah cari sendiri di google,ada banyak kan? :)

3 comments:

  1. wuuuuu.. panjang nyeh. moge2 aku pon dipelihara dari sifat tamak haloba dan semoge tergolong pule dlm golongan yg sedikit iaitu yang mensyukuri nikmatNYA. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pnjang sgt ke??haha.inshaAllah kita semua terpelihara dan termasuk dalam golongan yg sdikit. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...